Daisypath Anniversary tickers

30 October 2017

Reunion 10 Beradik Abah di Sungai Besar

Assalamualaikum...
.
Hai lama tak ke udara. Sibuk sikit. Alasan sibuk je sepanjang masa kan. Bila tak sibuk ntah la..
.
Ni entry tersadai dekat draf berapa lama tah ye. Hari ni baru teringat nak update sikit.
.
Pertengahan bulan Oktober baru ni, ada pertemuan kembali untuk 10 orang adik beradik abah saya kat Sungai Besar, Selangor. Saya beria-ia la jugak suruh abah saya datang. Hajatnya memula abah saya tak nak pergi sebab abah duduk jauh kat Segamat. Cepat-cepat saya bagitau adik abah yang bongsu suruh pujuk. Sebab bagi saya ini pertemuan julung kalinya dan bukan senang nak himpun mereka 10 beradik.
.
Perancangan ni semua last minit atas permintaan kakak abah yang sulung. Dia nak berjumpa semua 10 adik beradiknya memandangkan tengah uzur. Jadi, dalam group whatsapp keluarga sebelah abah, sepupu sepapat semua aturkan 1 tarikh untuk semua datang.



Alhamdulillah akhirnya abah setuju nak datang lepas adik beradiknya pujuk. Abah saya yang kopiah hitam tu. Sebelah kanan abah ialah adik kedua bongsu dan sebelah kiri abah abang sulung, kira paling tua la.



Ni lengkap 10 orang adik beradik abah. 5 lelaki dan 5 perempuan.
.
Jujurnya memang saya tak kenal ke semua pun. Jadi saya pun tanya abah, kata ada 10 beradik, kenapa kat gambar ni ada 11? Haha.. Abah cakap yang baju hijau tu abang ipar dia, suami kepada kakak abah yang sulung. Panjang la ooooo saya..
.
Adik abah yang paling bongsu yang paling kiri, paling tinggi. Ha, sihat walafiat dan baru je pencen sebagai doktor kat Klinik Kesihatan.



Ni lah kakak abah saya yang berhajat nak berjumpa semua adik beradiknya. Memula saya ingatkan kakak sulung ialah anak sulung. Rupanya kakak abah ni anak no.2 tapi kira kakak pertama dalam adik beradik, tu yang abah saya dok cakap kak Sur ni kakak sulung dia.



Tak sempat nak bergambar dekat banner susunan nama 10 adik beradik abah. Abah saya anak ke?? Lapannn...

Anak bujang ni je sempat bergambar kat sini. Mamanya sibuk tangkap gambar atok dorang nak buat kenangan. Sebab saya sorang je wakil anak abah yang datang. Lagipun saya sorang je dalam adik beradik saya yang merantau jauh duduk kat Selangor ni. Yang lain semua duduk Pahang je.



2 orang budak ni tak meragam sangat as long dorang dapat merayau. Kalau duduk setempat memang panas bontot lagi-lagi si kenit tu. So bebudak ni bawah pemantauan abah dorang. Merayau-rayau dekat bawah pokok sawit tengah panas litlit tu. hadei..
.
Saya pulak?Makcik bawak berpusing nak berkenalan dengan cousin yang memang dah saya tak kenal. Habis di bawak saya pusing-pusing khemah. Yang cousin duduk dekat rumah memang kenal sangat.Ni yang bila sebut nama je pun dah hilang arah sebab tak kenal. hahaha.
.
Dah lama saya tak balik kampung sebelah abah since abah dan mak saya bercerai masa saya kecik. Saya lebih banyak balik kampung sebelah mak je. Dari kecik memang kamceng dengan cousin sebelah mak.
.
Pertemuan macam ni ada baiknya untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga yang memang dah lama tak berjumpa. Alhamdulillah tuan rumah siap buat senarai kedatangan dan seramai 160 orang cucu cicit dikenal pasti datang ke majlis pertemuan ni.
.
Lepas zohor macam tu, saya terus culik abah saya bawak balik rumah. Ajak dia bermalam kat rumah sebelum saya hantar balik Segamat esoknya. Malam tu saya masa masak lagi ikan Patin Masak Tempoyak untuk abah. =) Masak lain sebab abah tak sempat makan yang saya masak masa potluck.
.
Saya yakin, mereka yang diraikan sangat gembira dengan pertemuan ni. Alhamdulillah. selesai hajat makcik saya. =)

24 October 2017

Gulai Patin Tempoyak Beserta Resepi

Hai! Nak cerita pasal makan-makan lagi. Fresh from my kitchen. Baru-baru ni macam kene sawan tempoyak patin. kuikui. Ada jiran kat rumah ambik order ikan patin segar dengan tempoyak. Sekilo patin RM20 dan sekilo tempoyak RM30.
.
Mahal sikit gayanya patin tu. Tapi sebab nak beli sndiri pun agak bercinta. So kita order je. Ikan tu berenang-renang terus ketuk pintu rumah serah diri untuk masuk kuali. Hehe.. 
.
Tempoyak tu saya order pulak setengah kilo. Lebih kurang 3kg ikan patin saya masak dengan setengah kilo tempoyak tu. Tu pun dah pekat likat slurrppppp! 
.
Baru-baru ni ada majlis pertemuan kembali anak cucu cicit belah abah saya. Menu potluck sangat dialukan. Sebab kekonon masak patin ni tak renyah mana, saya pun plan nak masak tempoyak patin untuk potluck.
.
Saya order lagi 2 kilo ikan patin segar. Sabtu petang ikan sampai kat rumah dan ahad pagi tu saya masak. 2 kilo patin dapat 4 ekor ikan dan lebih kurang 20 potong ikan.
.
Bahan-bahan Gulai Tempoyak Patin untuk 2 kilo ikan

-Cili padi 20 biji * kalau nak pedas boleh tambah lagi. ni sedang-sedang pedas
-seketul kunyit hidup size lebih kurang panjang ibu jari. 
-tempoyak 10 sudu besar
-2 bunga kantan
-1 ikat daun kesum
.
Blend sahaja ketiga-tiga bahan di atas dengan sedikit air supaya blender tak berat sangat.
.
Siap blend?Curah kan ke dalam periuk. Buka api, masukkan 2 ketul daun kantan dan seikat daun kesum.
.
Boleh campur air untuk dapatkan kepekatan kuah dikehendaki. Bila dah menggelegak, masukkan ikan-ikan patin yang 2 kilo tadi.
.
Bila hampir masak, perasakan dengan garam dan gula. Siap! Sedap setanding makan di kedai patiniz poyak.. Hehe..
.
Saya tak bubuh asam keping pun sebab tempoyak ni tempoyak baru tanpa campuran. Masam lemak durian tu dah cukup melengkapkan rasa.
.
Ramai sedara sepupu sepapat makan cakap sedapnya.. macam makan kat kedai dan dorang siap cakap ni seketul RM10 kalau makan di kedai.
.
Hehe. Tak payah tanya la hakak ni kembang ke tak kena puji. Hahaha...
.
Selamat mencuba!
.
Nak kita belanja ikan patin masak tempoyak 2 kilo! kihkihkih...(poyo sikit sebab biasa masak untuk 3-4 ketul ikan je makan berdua dengan husband


19 October 2017

Wedding wedding...

Assalamualaikum.
.
Hai. Ni entry lama terperap. Lama dah rasanya tak pergi kenduri since umur cecah 30. Biasa umur macam ni pergi majlis akikah anak-anak member atau wedding family member. 
.
Baru-baru ni husband ajak pergi wedding ex officemate dia dekat Sri Nanding Kajang nun. Ni kali ketiga jejak kaki kat dewan serbaguna ni. Wedding cousin, wedding schoolmate..
.

 


Mama sedondon dengan kakak. Adik sedondon dengan abah. Tapi mama dengan kakak tersedondon tanpa sengaja dengan family pengantin. Hehe..
.
Lepas kenyang makan kenduri ni terus gerak pergi Chow Kit dan KLCC
.
Ada yang nak jemput kita pergi makan nasik minyak lagi tak?hehe..

13 October 2017

Yee mee sup special by Me!

Assalamualaikum.
.
Hai. Lama tak tepek gambar makanan homemade by Me! Harusla by Me... Semenjak-menjak jadi isteri orang, jadi mak orang, semuanya homemade. 
.
Hari tu cakap dengan husband, 'Teringinnya nak makan sup daging..' Tau dak dia cakap apa? 'Pergi la masak. Nak beli pun boleh.'
.
Saya cakap dengan dia, 'Beginila ayat selepas kawen...' sambil buat emoticon sedih. Terus dia gelak.' Sebelum kawen macamana?' Eh dia tanya kite pulak. Kalau sebelum kawen, jom la gi kedai cari. Kan!!
.
Saje je usik dia. Tengah sibuk kerja kan. Keluar pun biasa weeken tapi jarang-jarang since bekerja tak makan gaji as a Pilot Darat ni, katanya..
.
I is tak kecik ati pun. 
.
Malam tadi cakap dengan dia, ' Nanti balik beli telur ye. Nak buat Yee Mee Sup esok' Tapi tak beli pun sebab dia penat sangat sampai lupa nak singgah 7eleven beli telur. Dah tengah malam kan..
.
So, saya ni pulak jenis mudah je orangnya. dah tak de telur kita pakai la apa yang ada. Ada ayam, udang, cendawan, pakchoi. Telur sebijik. Hehe..Sebiji je yang tinggal dalam peti. 



Maka terhasil jugak Yee Mee Sup by Me! hehe.. Healthy kan. Penuh sayur hijau terlebih masak.
.
Dulu pernah share resipi yee mee sup ni. Ni resepi zaman anak sorang. tengok ni --> Resepi Yee Mee Sup
.
Resepi saya buat hari ni lebih kurang je dengan yang dulu, cuma pakai bawang putih dengan halia je sbagai bahan tumis. Yang lain sama.
.
Resepi ni pun mintak dengan jiran. Hari tu ada makan masa kat rumah dia. So cedok resipi sikit buat untuk anak sebab tak pedas.
.
Untuk saya yang suka pedas ni, potong cili halus-halus, tabur je atas tu masa nak makan. Nikmat nye makan pedas-pedas.
.
Meh la cuba sekali tengok sedap ke idok uols buat. =)

12 October 2017

Poney House! Gift From Bff Mama

Assalamualaikum.
.
Selamat tengahari.. ;) Makan apa lunch tu?.
.
Seronok sangat anak dara saya ni dapat hadiah Poney House dari kawan mama. Bukan hadiah birthday pun sebab birthday kakak bulan Februari. Secara kebetulan, suami kawan saya nak ke airport, so nak guna servis teksi airport, dorang contact husband saya. Sambil husband saya pick up tu, sempat pulak kawan lama saya ni sampaikan poney house ni untuk Qaira.
.
Bila bangun pagi esok tengok ada kotak mainan, seronok la si kakak ni tak sabar nak main.

 

 
Kasut poney, skirt untuk poney semua ada.
.
Adik pun tumpang sekaki dengan mainan kakak. Kakak punya sayang sampai simpan rumah poney dalam almari takut adik dia main sepah-sepah.
.
Tapi biasala budak-budak kan. Eksaitednya sekejap je. Esok lusa dah tak heran. Sama jugak la dengan mainan lain-lain pun.
.
Sebab tu kengkadang malas nak beli mainan beria sangat. Tapi kadang kesian, beli jugak mainan. Lumrah kanak-kanak kan bermain.
.
Semoga anak-anak mama sentiasa happy okay walaupun mama ni garang macam mak rimau.. ;')
.
(^__^)

11 October 2017

Shopping Buku di Kinokuniya KLCC

Assalamualaikum.
.
Chak!Buat apa tu? Baru siap memasak ker.. Hehe..
.
Siapa biasa pergi Kinokuinya kat KLCC?Saya baru kali pertama jejak kaki kat sinun. Lepas habis survey basikal adik kat Chow Kit, terus hala ke KLCC. KLCC ialah tempat paling jarang saya pergi. Sebab toooo big for me. Takut sesat parking kereta. Haha.. Plus malas nak pusing penat weh. Tapi tengok IG kengkawan, sesikit g KLCC. wow sangat tengok.
.
Pergi KLCC baru ni pun sebab husband nak bawak anak pergi Petrosains. Tapi dah petang, so staff tu cakap tak berbaloi bayar tiket masuk sejam. Dorang suggest datang pagi so boleh tawaf sampai muntah kat dalam tu.
.
Terus saya ajak husband pergi Kinokuniya. Memula masuk je, huwargh pening tengok banyak nya buku. Haha.. Terus mencari ruangan buku untuk budak-budak tadika. Dah jumpa je terus bersila duduk cari buku yang sesuai.

 

Seriusly banyak sangat buku tapi semua ber'wrap' dengan plastik. Staff kedai cakap boleh bukak kalau nak tengok. So dorang bukakkan buku yang mana kita rasa nak beli tu.


Cari buku untuk kakak je. Sian adik takde buku kan. Kat rumah dah ada buku adik yang jenis material kain tu. Tapi adik ni suka jugak menconteng buku. Suka pegang pen.

 
Untuk kakak dapat 2 buku yang rasa berbaloi untuk dia but latihan sambil asah otak. Cuma dia tak pandai membaca lagi. Baru 4 tahun kan. So mama kena baca arahan untuk dia. Tapi kalau exercise tu jenis padankan, dia boleh agak-agak je soalan tu nak apa terus dia buat suai padan.
.
Material buku kat untuk kanak-kanak pra kat Kinokuniya ni berkualiti. Agak tebal dan boleh tahan lama. Berbaloi la dengan harga 1 buku saje dekat RM39.00.
.
Keluar dari Kinokuniya je dah rasa penat. Belum tawaf habis lagi tu..
.
Hadeh macam makcik-makcik sangat je rasa cepat penat. Haha.. Rasa macam nak grab semua buku je. Macamana la orang lain boleh pergi Kinokuniya dan keluar dengan 1 buku je kat tangan dah puas. Tenang betul dorang ni kan.Saya je gelojoh rasa nak grab semua buku.
kikiki..
.
Boleh kata berbaloi untuk korang pergi cari buku kat sini. Macam-macam jenis buku ada weh... 
.
Thanks sudi baca. ;)

Mee Racun Sungai Buloh

Assalamualaikum.
.
Hai Selamat pagi semua kawan-kawan alam maya. ;) Sarapan apa hari ni?
.
Hari ni nak share menu best kat Sungai Buloh. (^__^) 
.
Hari tu ternampak kawan post kat fb makan mee racun. Lepas tu masa saya nak keluar dari rumah, ternampak banner mee racun. Saya baca-baca iklan tu tengok dekat dengan Shell Sungai Buloh. Terus ajak husband pergi. Nak rasa sedap sangat ke sampai nama pun Mee Racun.


 
 .
Rupa paras mee racun macam ni la. Akan diletak tulang ni siap dengan straw. Nikmat jugak rupanya.
.
Harganya, husband cakap RM10 semangkuk. Gitu.. Kalau nak try boleh la google maps location Mee Racun. Mesti keluar punya.
.
Selamat mencuba dan jalan-jalan cari makan . =)

10 October 2017

MYLARA Skincare Giveaway by KasihkuAmani


Hai, happy lunch hour uols.. Dah nak lunch ni. Perut saya dah nyanyi lagu dangdut ni. Tak sabar nak kuar makan ni. Aduh...
.
Sementara nak tunggu pukul 1, nak join giveaway daripada sis bloger Kasihku Amani. Done follow her.
.
Banyak-banyak giveaway, yang ni hadiah dia menarik tau. set skincare. Wow... wanita dan skincare memang tak dapat dipisahkan. Gitewww.. So di samping nak support giveaway bloger ni, saya jugak tertarik dengan hadiah yang bakal diterima oleh mereka yang bertuah. Hopefully tuah saya ada untuk giveaway kali ni.
.
 

Syarat pun tak banyak sangat. Tarikh tamat join pada 15hb October 2017. Ada 5 hari lagi giveaway ni tamat.
.
Eh ! kalau nak try nasib jugak, klik je gambar kat ataih tu k! terus masuk blog owner yang buat giveaway.
.
So sebelum berangan saya jadi pemenang bertuah, jom kita study sikit pasal Mylara Skincare ni!
.
Mengenai MYLARA SKINCARE
  • MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. 
  • Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. 
  • MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah
.
Macam best jugak skincare ni kan. 
.
Dah join ke belum?jom la kita join sesama. =)

Beli Basikal Murah Di Lazada

Assalamualaikum.

Hai hai hai.. selamat pagi rakan-rakan bloger alam maya. sarapan apa hari ni?
.
Jangan marah ye hari ni cerita pasal Lazada lagi.. Hari tu baru beli Tatami Carpet murah kat Lazada! Lazada tak bayar saya pun suh buat entry ni. Saja nak share cerita kot boleh dimanfaatkan untuk yang tengah mencari basikal kan kan kan..
.
Baru-baru ni kami (saya dan husband) tengok si adik yang baru nak 2 tahun umurnya sibuk kayuh basikal kakak dia. eksited bebenor sampai basikal kecik dia tu tak nak naik dah pun...
.
Jadi, saya dah jual pun basikal kecik si adik. Jual RM50 je. Lepas tu beli basikal lain. Survey-survey lazada, husband berkenan kan design warna merah ni.. Kebetulan last week pergi Chow Kit, survey untuk basikal yang design lebih kurang. Majority harganya RM190-RM200. +___+ 
.
So sempat la bagi adik test basikal kat Chow Kit tu. Yang dia try ni pun harga dah cecah RM300. omai dik. mahalnya. 

.
Adoiyai mahainya la kan.. So kami muktamadkan kita beli je basikal dekat lazada.. Hanya RM128.00. Cumanya, kena makesure tools korang untuk memasang basikal ni cukup tau. Sebab basikal ni datang dalam bentuk dalam kotak macam kat gambar bawah ni.
.
Ha.. takde rupa basikal kan.. hehe.. Mujur la husband jenis pandai kerja-kerja memasang barang macam ni.

.
So siap la kejadian basikal merah adik yang kacak ni. Berebut jugak dengan kakak dia walaupun dah ada sorang sebijik. 
.

 
.
Tak tau la macamana lagi nak bagi reda tanpa sebarang perebutan budak dua orang ni.. 
.
Dah rasmi dah basikal si adik ni dekat Masjid Putrajaya ari sabtu lepas. Takde mengayuh sangat pun memasing. Main buble je lebih. 
.
Ada yang tengah cari basikal?entry ni membantu tak?hehe..
.
Thanks sudi baca.

9 October 2017

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

Hai dan selamat pagi.. Hari ni seawal pagi nak buat entry untuk giveaway sat.. Special blogger ni sebab blogger yang kita kenal lama dah dekat alam maya.. Eh best tau. dulu-dulu we olls sangat aktif dan mengikuti perkembangan masing-masing melalui entry kat blog masing-masing. Now , saya pun busy, update blog pun kadang ke lautan hindi. heehe..
.
Okay, giveaway kali ni dibuat oleh sis Intan. ;) 
.
Saya bagitau awal-awal, kalau nak join just click banner kat bawah ni. Korang akan di bawak terus direct ke blog Intan. Lepas tu terus baca syarat-syarat oke. (^__^)

https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html
.
Sebenarnya tadi tak boleh copy banner Intan through pc ni.  Tapi i is gigih pergi bukak pakai handphone and save pic banner ni dari blog Intan. Then baru create entry ni. Rajin kan>hehee..
.
Giveaway kali ni di buat sempena birthday tuan tanah. Wow.. dah bertambah umur Intan ye. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke30.
.
Welcome to 3 series!haha. Berdasarkan research, mereka berumur 30 ke atas lebih cantik dan anggun. Ha... makin cun la Puan Intan kita lepas ni.. ;)
Semoga dengan pertambahan umur ni akan mematangkan lagi diri dalam menempuhi dugaan mendatang,.. Ami yra..
.
Potong kek nanti jangan lupa jemput Cik May tau... ecewah.. Nama pena blogger Cik May dari zaman dara lagi.. githewww...
.
Last last last.. happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Intan.. Happy birthday to you.. (^_^) 

3 October 2017

JUBAH NURSING AISHAH ON SALE !

Hai. Selamat pagi. Apa khabar di pagi selasa yang cerah ni? 
.
Nak share kan sesuatu yang menarik untuk mommy yang menyusukan bayi. Saya baru je restok jubah nursing tanpa zip hanya selak je untuk kemudahan mommy. =)
.
NEW ARRIVAL JUBAH 'AISYAH: Jubah Nursing & Maternity by Qissara.

❤Jubah all in one..boleh pakai untuk menyusu, preggy dan non-preggy.
❤Selak je terus menyusu. Ade lapik dalam in case terselak tak nampak dalam.  #selakje #takyahzip #takyahbutang
❤Sangat selesa. Kain sejuk dan stretchable. Preggy mum muat sampai 9 bulan.
❤Elegant and Gorgeous..Sesuai di pakai ke pejabat dan pakai casual.
.
.
Why this brand? Menggunakan material 'milk silk' yang
✔tahan lasak
✔sangat2 selesa, boleh meregang++ boleh pakai dari masa preggy pun..
✔tak panas
✔tak perlu iron teruk2
.
.
Harga ✔affordable ✔best!
Sehelai Normal Price ❌❌RM 99. Special introduction price cuma RM 89
..psst!jimat RM10 tau!..












.
Boleh refer corak di atas dengan size chart ni ye..
.
Jika berminat jangan lupa roger-roger owner kedai 012-9628636 tau.
.
Thanks sudi baca. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page