Daisypath Anniversary tickers

7 September 2017

Durian Musang King Sempena Birthday Lunch

Assalamualaikum..

Anda pantang dengar pasal durian?Terus mengidam tak tentu hala? Okay sama la kita tapi kadang buat tak heran je sebab saya punya mengidam tu setakat makan 2 biji durian dah rasa cukup. Bukan 2 ulas tau.. nononono..
.
Nak dijadikan kisah, birthday officemate, dia request durian. Amboi teruk tekak ko kak.. Orang mintak kek. Hehe. Nasib baik permintaannya dimakbulkan. Alhamdulillah. Kawan-kawan sepejabat dapat merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Naya nanti.

 
So, ni jela budak office saya untuk site office. Actually ada 5 orang. Tapi sorang lagi MC. So anggap takde rezeki ko ye.. Sambil gelak jahat dan tayang banyak gile gambar kitorang makan durian dalam whatsapp group.
.
Makan kat kedai viral area Kepong. Ramai jugak artis datang sini. Tapi masa kami datang tu takde sesapa pun. Mungkin sebab weekdays. Orang tengah kerja nak makan nasik. Kami je buat kerja gila lunch makan durian.

 
Perasaan dapat makan musang king ni tak dapat nak digambarkan. Betapa enaknya durian tu melalui anak tekak. Nyummy sangat.
.
Kitorang try beberpa biji durian jugak la. Musang king, kunyit merah. D24,.. Yeke nama kunyit tu?Entah la saya main belasah je nama durian ikut tekak sendiri. 
.
Eh tengok gambar je dah teringat-ingat ni oi.
.
Balik kampung baru ni mak beli anak pokok durian musang king sebab dia kata mahal sangat nak beli. So dia nak tanam, nanti bila cucu dia besar boleh makan. Haa. gitu pandangan orang tua untuk masa depan makanan anak cucu nya.
.
Saya dengan kakak pass kat suami memasing untuk bawak mak gi kedai yang jual pokok tu. Kononnya masa ni la menantu nak tunjuk kan mereka adalah menantu atau hantu. hehehe..
.
Jangan marah cik abang sayang. =p
.
Okey dah dulu mengences durian ni. bye...~

2 comments:

  1. Mengkalnya durian tu... lama dah tak makan durian semenanjung...

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa... nak kena pergi cari ni

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page