Daisypath Anniversary tickers

9 September 2017

Bila Mengidam Western Food Je Pergi A&J Grill Sg Buloh

Assalamualaikum...
.
Kengkadang tekak ni mengada nak makan chicken chop. dan tetiba boleh bertukar nak makan lambchop. Dah namanya wanita, keputusan boleh berubah-ubah mengikut masa.
.
Nasib la ada A&J Grill ni. Dekat jugak dengan rumah. Menyediakan masakan western dalam bentuk talam dengan harga yang murah. Memang murah bagi saya. Biasanya spend lebih kurang RM50 untuk kami sekeluarga. Dah kenyang over load.
.
Setiap kali datang biasanya, saya dan suami akan order Rasta Mix kot nama set talam untuk 2 orang makan. Hanya RM34.90 je dalam tu ada Lamb Grill, Chicken Grill, Big Sosej, Beef Patty, Fries dan coslow. Yeke eja coslow macam ni?? Kalau salah tolong betulkan.

 
Gambar hidangan sikit je. Gambar tuan blog dengan anak-anak serta suami je bersepah. Hehe. Maafkan saya. Nanti ada gambar full makanan kat A&J Grill ni dalam entry lain. Untuk entry dinner bersama pengasuh anak saya.

 

Cak! Adik buat mulut duck face.. Hehe.. Tak lama masa kami makan tu ada live band kat belakang tempat kami duduk. So sambil makan, sambil dengar lagu romantik, rasa macam tengah bercuti ok..
.
Yela.. lagu beralun di belakang, kami makan sambil bergurau senda. Macam takde masalah dunia. Bersuap-suapan. Amboih. Tapi si kecik ni biasa lah. Terteleng-teleng kepala tengok orang menyanyi.
.
Mana gambar orang menyanyi?Hehe... Ada dalam video je. Berat pulak nak bawak video tu dalam blog ni..
.
Hehe..
.
Eh korang kalau nak makan western food, berdekatan dengan Sungai Buloh, datang la sini. Memang sangat recommended. Harga murah, kuantiti banyak, sos dia sedap, air pun menawan.
.
Memang tak tipu tau.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page