24 October 2017

Gulai Patin Tempoyak Beserta Resepi

Hai! Nak cerita pasal makan-makan lagi. Fresh from my kitchen. Baru-baru ni macam kene sawan tempoyak patin. kuikui. Ada jiran kat rumah ambik order ikan patin segar dengan tempoyak. Sekilo patin RM20 dan sekilo tempoyak RM30.
.
Mahal sikit gayanya patin tu. Tapi sebab nak beli sndiri pun agak bercinta. So kita order je. Ikan tu berenang-renang terus ketuk pintu rumah serah diri untuk masuk kuali. Hehe.. 
.
Tempoyak tu saya order pulak setengah kilo. Lebih kurang 3kg ikan patin saya masak dengan setengah kilo tempoyak tu. Tu pun dah pekat likat slurrppppp! 
.
Baru-baru ni ada majlis pertemuan kembali anak cucu cicit belah abah saya. Menu potluck sangat dialukan. Sebab kekonon masak patin ni tak renyah mana, saya pun plan nak masak tempoyak patin untuk potluck.
.
Saya order lagi 2 kilo ikan patin segar. Sabtu petang ikan sampai kat rumah dan ahad pagi tu saya masak. 2 kilo patin dapat 4 ekor ikan dan lebih kurang 20 potong ikan.
.
Bahan-bahan Gulai Tempoyak Patin untuk 2 kilo ikan

-Cili padi 20 biji * kalau nak pedas boleh tambah lagi. ni sedang-sedang pedas
-seketul kunyit hidup size lebih kurang panjang ibu jari. 
-tempoyak 10 sudu besar
-2 bunga kantan
-1 ikat daun kesum
.
Blend sahaja ketiga-tiga bahan di atas dengan sedikit air supaya blender tak berat sangat.
.
Siap blend?Curah kan ke dalam periuk. Buka api, masukkan 2 ketul daun kantan dan seikat daun kesum.
.
Boleh campur air untuk dapatkan kepekatan kuah dikehendaki. Bila dah menggelegak, masukkan ikan-ikan patin yang 2 kilo tadi.
.
Bila hampir masak, perasakan dengan garam dan gula. Siap! Sedap setanding makan di kedai patiniz poyak.. Hehe..
.
Saya tak bubuh asam keping pun sebab tempoyak ni tempoyak baru tanpa campuran. Masam lemak durian tu dah cukup melengkapkan rasa.
.
Ramai sedara sepupu sepapat makan cakap sedapnya.. macam makan kat kedai dan dorang siap cakap ni seketul RM10 kalau makan di kedai.
.
Hehe. Tak payah tanya la hakak ni kembang ke tak kena puji. Hahaha...
.
Selamat mencuba!
.
Nak kita belanja ikan patin masak tempoyak 2 kilo! kihkihkih...(poyo sikit sebab biasa masak untuk 3-4 ketul ikan je makan berdua dengan husband


2 comments:

  1. Wah.. Terbaiklah..
    Okay lah harga itu siap delivery kerumah..
    Puas makan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ikan patin. Sampai sekarang xjadi lagi buat. hehehe. Singgah n follow blog

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page