10 August 2017

Pekena Mee Tarik Warisan Rawang

Assalamualaikum.
.
Hari-hari pun nak cerita bab makan. Lepas tu membebel dagu tu dah bertambah lagi selapis. Stressnye jiwa ragaku ni tengok gambar baru snap tengahari tadi. 
.
Tengahari biasanya saya balik makan kat rumah. Hari ni acah-acah malas balik rumah terus gi lunch kat Jusco Rawang. Officemate ajak makan mee tarik warisan. Sebab saya pun tak pernah try, so kita layannnn.. zasss..
.
Memula tengok gambar ni. huwargh pipi pau!!! Dagu kuih lapis. ni la hasilnya hari-hari memasak, makan dan sebagainya. Anak makan tak habis pun ku sebat jugak bagi clear dapur. Tak boleh jadi ni.

 
Lupakan sekejap kisah pipi pau saya tu.. Kita layan mee tarik punya penangan dulu.  Boleh tahan rasanya. Yang ni menu paling special kot. RM15.90 semangkuk.

 
Kengkadang bila makan RM15.90 semangkuk untuk mee je rasa macam tak berbaloi. Tapi sekali-sekala bertukar selera tak apa lah kot di zaman-zaman ekonomi Malaysia turun naik ni. Saya sedang amalkan  minum air kosong sekarang ni, jadi tadi saya order air kosong. RM1 okey segelas air kosong. 
.
 
Saya ni macam biasala.. Makanan berkuah macam ni biasanya memang hirup hingga titisan terakhir. Tapi ni saja tak nak habiskan sampai titisan akhir supaya tak terlalu obvious kerakusan saya menghirup kuah. Hehe. Nanti dorang cakap gelojoh betul sampai takde setitis kuah pun. =p

 
Datang tempat ni hari khamis, jadi suasan nyaman tanpa bising-bising suara manusia lain. Peace je..
.
So uols dah pekena ke Mee Tarik Warisan?Kalau belum pi la try.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page