10 August 2017

Menu Lunch : Tenggiri Masak Kicap Sambal Terung

Assalamualaikum...

Ketandusan idea nak buat entry apa? Jom kita cerita masak-masak. Korang masak apa tu untuk lunch duhai mommy-mommy...
.
Kadang-kadang jadi mama/emak/ibu/mommy/ummi ni memang ketandusan idea jugak nak masak apa tetiap hari. Sebelum tido memikirkan menu sarapan hari esok. Lepas sarapan memikirkan menu tengahri. Selepas makan tengahari memikirkan menu dinner pulak. Tak habis-habis berfikir. Begitulah seterusnya setiap hari.
.
Saya ni suka sangat masak tumis menumis. 
.
So kali ni menu nya ikan tenggiri masak kicap dengan terung sambal terung. Lagi satu bekas bertutup tu sardin dinner yang tak habis. Kalau ada stok roti memang makan sandwich sardin la jawabnya. Dah takde roti, panaskan la balik lauk tu untuk makan tengahari pulak.



Suami saya pulak entah kenapa memang tak nak makan terung. Pelik jugak padahal tak pahit. Dia memang kurang makan sayur-sayuran ni especially yang pahit. Tapi kalau sayur campur yang colourfull tu dia makan jugak.
.
Asalnya idea terung tu , saya dan officemate pergi lunch kat luar. Saya ambik terung dalam 2 potong je dah RM1.50. Sabor je la.. Balas dendam punya pasal, saya beli terung 5 batang macam tu dalam sebungkus plastik. Dalam RM2.50 kot boleh buat 2x masak. Ha..amekawww. Yang dalam gambar kat atas ni pengabisan stok tinggal 3 batang terung.Makan la sesorang sebab suami tak makan. Hehe.. Sebab tu u kurus kot. eh..kurang zat sayur..Hahaha..
.
Yang puan mama pulak kekonon nak diet. Diet ke mana ntah! Macam tu la dulu kini dan selamanya. Huh~
.
Ok la. Sambung buat kerja sat. Eh! Ni bukan menu lunch hari ni ye. Pastinye menu tengahari semalam. ;p
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

1 comment:

  1. woww...sedap tu kalau mak terung tu dia suka buat pajeri...uihhh sedap..alahai mcm dah terasa kat dalam mulut...hihihi...

    Pengalaman pertama hamil dengan Set Lengkap Kehamilan Shaklee

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page