17 August 2017

Sedap Jugak Jantung Pisang Tumis Belacan

Assalamualaikum.
.
Alhamdulillah murah je rezeki baru ni officemate yang duduk dekat area rumah saya ni hantarkan pucuk paku dengan jantung pisang dari kampung.
.
Selambak pulak dia punya pucuk paku. Masak half je pucuk paku tu. Saya buat masak lemak pucuk paku la favourite husband. =) Lawan dengan ikan goreng pulak. Memang dia tak sentuh langsung tomyam campur dapat sayur favourite dia. Hehe.. Tapi ini resepi sabtu masa husband ada kat rumah.
.
Esoknya tu baru la saya masak jantung pisang si jantung hati. Menggoogle resipi la jugak sebab saya tak pernah makan lagipulak masak kan!

 
Biasanya saya suka guna resipi dari kak Azlita dan Azie Kitchen. So saya pilih yang paling senang. Hahahaha.. Dasar pemalas kan!
.
Dari hasil carian google pulak, memang ada cerita jantung pisang ni agak bergetah. Tapi takdela macam getah cempedak tu. Masih kategori  biasa je tak renyah cuci.
.
Tengok jantung pisang dah belah dua ni, memula putih. Bila getah dah keluar jadi kelabu tu..
.
 
Saya tengok semua potong jantung kecik-kecik. Saya pun potong je la kekecik. Lepas tu malas. Biar je besor-besor.. Kikikiki.....
.
Pemalas teruk ni. Lagipun saya sorang je yang makan jantung pisang ni. Anak komfem tak nak makan punya. Abahnya kerja lagi takde kat rumah.
.
Hasilnya..Tara..~
.
 
Eh sedap rupanya jantung pisang ni kan? Ruginya dah umur 31 baru nak cuba masak dan makan.
.
Saya ratah-ratah je sampai habis semangkuk ni.. Hehe. Buruk lantak sungguh. Anak pulak suka kuah je. Bahan tumis tu saya blend je semua bahan.
.
Eh mehla tepek sikit cara saya buat Jantung pisang tumis belacan ni.
.
.
.
Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan Cara Mama May.
.
~1 biji jantung pisang dihiris
~2 biji bawang potong 4*
~ 2 biji bawang putih *
~Sedikit belacan*
~sedikit ikan bilis dan udang kering *

Bahan-bahan bertanda * saya kisar je dalam blender.
.
Lepas tu saya panaskan sedikit minyak. Lepas minyak panas saya tumis bahan kisar tadi. Agak-agak dah naik bau saya campur sedikit air untuk kuah. Bila kuah dah gelegak, baru saya campurkan jantung pisang yang dah dihiris nipis bersama sedikit ikan bilis yang tak dikisar.
.
Campur garam dan gula secukup rasa. Siap!
.
Walaweh.. cara yang simple ni la buat saya makan nak berulang tambah. Tapi mikirkan berat bertambah ni, saya ratah je la jantung pisang ni. Hehehe..
.
Pergila cuba cepat! Selamat mencuba.
.
Bye~

14 August 2017

Senang Je Buat Bubur Kacang Hijau Rupanya!

Assalamualaikum.

Happy monday. Ada yang monday blues ke?Saya tak sempat nak blues-blues.. 
.
Baru ni sempat buat bubur kacang hijau. Eh tak sangka pulak senang je rupanya ye? Hahaha..
.
Ingatkan susah.
.
Rupanya hanya guna daun pandan, santan, kacang hijau, gula merah/ manisan yang seketul tu. Saya panggil gula melaka.

 
Seronok pulak tengok anak ekcited makan. Yang tak tahannya. si Qaira cakap dengan abah dia, ' Cepat tengok apa budak gemuk masak hari ni'
.
+_____+
.
Dia panggil mama budak gemuk.. Grrrr...~
.
Lately ni dia memang tau. Asyik cakap mama gemuk je.
.
Gemuk ke? Nanges kang. Naughty anak mama sorang ni.
.
Okey. Nanti sambung entry baru.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

12 August 2017

Resepi Ikan Merah Masak Asam Sedap!

Assalamualaikum.
.
Ada orang ke pagi-pagi sabtu ni... πŸ˜„
.
Semalam kan, saya share gambar menu dinner saya dan anak-anak dekat facebook. Amboi aih.. ramai  pulak yang nak resepi.
.
Sebenarnya... saya pun google jugak resepi ni sebab saya asalnya memang bukan suka memasak. Dan jarang memasak dari zaman bujang. Semuanya belajar lepas kawin jerr..
.
Jom cuci mata tengok gambar lepas masak. Saya ni sebenarnya memang tak berbakat tangkap gambar makanan bagi nampak menggiurkan. Hahaha..
.

Resepi ikan merah masak asam
(Kredit resepi asal : Norazlita Aziz)
.
πŸ‘‰πŸ»3 ketul bahagian ikan merah
πŸ‘‰πŸ»3 batang bendi
πŸ‘‰πŸ» 1 biji tomato
πŸ‘‰πŸ»1 biji asam keping *masa ni saya kehabisan asam keping, saha gantikan dengan sedikit air asam jawa*
πŸ‘‰πŸ»1 inch halia * diketuk
πŸ‘‰πŸ»1 batang serai *diketuk
πŸ‘‰πŸ»Air, garam dan gula secukup rasa
.
Bahan Kisar
.
πŸ‘‰πŸ»2 tangkai cili kering *untuk berpantang/anak-anak kecil tak letak pun takpe
πŸ‘‰πŸ»2 biji cili padi *saya tak letak sebab takut anak kepedasan
πŸ‘‰πŸ»2 ulas bawang putih
πŸ‘‰πŸ»Sedikit belacan
.
Cara memasak:
πŸ‘‰πŸ» Siang ikan, bersihkan dan dicuci. Asingkan.
πŸ‘‰πŸ»Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya.
πŸ‘‰πŸ»Masukkan halia dan serai
πŸ‘‰πŸ»Letakkan di atas dapur sehingga mendidih barulah masukkan ikan dan asam keping/air asa.
πŸ‘‰πŸ»Masukkan bendi dan tomato.
πŸ‘‰πŸ»Biarkan sehingga bendi empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa
πŸ‘‰πŸ»Siap!
.
Sedia untuk dijadikan hidangan.
.
Resepi di atas saya olah sedikit ikut tekak anak takut dorang kepedasan.
.
Resepi asal kak Norazlita boleh tengok di SINI .
.
Selamat mencuba.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

10 August 2017

Pekena Mee Tarik Warisan Rawang

Assalamualaikum.
.
Hari-hari pun nak cerita bab makan. Lepas tu membebel dagu tu dah bertambah lagi selapis. Stressnye jiwa ragaku ni tengok gambar baru snap tengahari tadi. 
.
Tengahari biasanya saya balik makan kat rumah. Hari ni acah-acah malas balik rumah terus gi lunch kat Jusco Rawang. Officemate ajak makan mee tarik warisan. Sebab saya pun tak pernah try, so kita layannnn.. zasss..
.
Memula tengok gambar ni. huwargh pipi pau!!! Dagu kuih lapis. ni la hasilnya hari-hari memasak, makan dan sebagainya. Anak makan tak habis pun ku sebat jugak bagi clear dapur. Tak boleh jadi ni.

 
Lupakan sekejap kisah pipi pau saya tu.. Kita layan mee tarik punya penangan dulu.  Boleh tahan rasanya. Yang ni menu paling special kot. RM15.90 semangkuk.

 
Kengkadang bila makan RM15.90 semangkuk untuk mee je rasa macam tak berbaloi. Tapi sekali-sekala bertukar selera tak apa lah kot di zaman-zaman ekonomi Malaysia turun naik ni. Saya sedang amalkan  minum air kosong sekarang ni, jadi tadi saya order air kosong. RM1 okey segelas air kosong. 
.
 
Saya ni macam biasala.. Makanan berkuah macam ni biasanya memang hirup hingga titisan terakhir. Tapi ni saja tak nak habiskan sampai titisan akhir supaya tak terlalu obvious kerakusan saya menghirup kuah. Hehe. Nanti dorang cakap gelojoh betul sampai takde setitis kuah pun. =p

 
Datang tempat ni hari khamis, jadi suasan nyaman tanpa bising-bising suara manusia lain. Peace je..
.
So uols dah pekena ke Mee Tarik Warisan?Kalau belum pi la try.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

Herblax Penyelamat Berat Badan

Assalamualaikum.
.
Tahu tak? Herblax ni ialah penyelamat berat badan di kala naik mendadak?! Haha. Sesiapa yang rasa susah nak membuang toksin dari badan, boleh la cuba herblax ni. Selamat! Badan pun rasa ringan.
.
Biasanya pengambilan herblax ni seminggu 2 kali sahaja. 




Kebaikan Herb Lax


  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
.
So sesiapa yang ada masalah pembuangan tu boleh la cuba herblax ni.Hehe.. Nak dapatkan dari saya pun boleh sebab alwaysssss ready stock. =)
.
Eh. Thanks sudi baca.
.
Bye.

Menu Lunch : Tenggiri Masak Kicap Sambal Terung

Assalamualaikum...

Ketandusan idea nak buat entry apa? Jom kita cerita masak-masak. Korang masak apa tu untuk lunch duhai mommy-mommy...
.
Kadang-kadang jadi mama/emak/ibu/mommy/ummi ni memang ketandusan idea jugak nak masak apa tetiap hari. Sebelum tido memikirkan menu sarapan hari esok. Lepas sarapan memikirkan menu tengahri. Selepas makan tengahari memikirkan menu dinner pulak. Tak habis-habis berfikir. Begitulah seterusnya setiap hari.
.
Saya ni suka sangat masak tumis menumis. 
.
So kali ni menu nya ikan tenggiri masak kicap dengan terung sambal terung. Lagi satu bekas bertutup tu sardin dinner yang tak habis. Kalau ada stok roti memang makan sandwich sardin la jawabnya. Dah takde roti, panaskan la balik lauk tu untuk makan tengahari pulak.



Suami saya pulak entah kenapa memang tak nak makan terung. Pelik jugak padahal tak pahit. Dia memang kurang makan sayur-sayuran ni especially yang pahit. Tapi kalau sayur campur yang colourfull tu dia makan jugak.
.
Asalnya idea terung tu , saya dan officemate pergi lunch kat luar. Saya ambik terung dalam 2 potong je dah RM1.50. Sabor je la.. Balas dendam punya pasal, saya beli terung 5 batang macam tu dalam sebungkus plastik. Dalam RM2.50 kot boleh buat 2x masak. Ha..amekawww. Yang dalam gambar kat atas ni pengabisan stok tinggal 3 batang terung.Makan la sesorang sebab suami tak makan. Hehe.. Sebab tu u kurus kot. eh..kurang zat sayur..Hahaha..
.
Yang puan mama pulak kekonon nak diet. Diet ke mana ntah! Macam tu la dulu kini dan selamanya. Huh~
.
Ok la. Sambung buat kerja sat. Eh! Ni bukan menu lunch hari ni ye. Pastinye menu tengahari semalam. ;p
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

7 August 2017

Sayang Si Budak Hijau!

Assalamualaikum.
.
Hye semua. Selamat bekerja di petang hari.
.
Hari-hari cerita kisah si kakak kan. Hari ni rasa nak up seketoi cerita si adik ni.
.
Ni rompers baju melayu adik ni last year punya. Means masa dia belum setahun masih muat sampai sekarang! Now dah setahun 7 bulan.
.

Lambatnye besau dik! Kakak ko time ni bolat tau.
.
Takpe dik, as long sihat dan yang penting graph chart buku kesihatan adik masih dalam kategori normal dan tak cecah line-line bahaya pun.. ;)
.
Masa ambik gambar adik ni, pengasuh dia nak ambik bawak gi jalan. Bukan main siap hensem-hensem lepas tu dia gi tido. Jadi, tak dapat la gi jalan dik. Sian.. hehehe...
.
Alhamdulillah dapat pengasuh yang sayang sangat dengan adik ni. Mungkin sebab jaga si adik ni dari habis pantang lagi, so sayang nya lebih la.
.
Saya cadang-cadang nak hantar adik ke Taska Playschool macam kakak dia dulu. Tapi adik ni lahir hujung tahun sangat. Tak sampai hati nak hantar ke Taska. Dia lahir 30 Disember 2015 jadi hujung tahun ni baru cukup 2 tahun. so still kecik lagi la dik.
.
Kakak dia dulu 2 tahun sebulan mama dah hantar gi Taska Playschool tu. Tapi kakak ni lahir awal tahun. So nampak matured sikit. Adik comel-comel je.;)
.
Sapa ada pengalaman anak yang umur muda sangat ni?Share sini meh.
.
Thank you sudi baca.
.
bye~

4 August 2017

Lawatan Cik Qaira Ke Sunway Lagoon

Assalamualaikum.
.
Ni sekarang  banyak corat-coret throwback je..
.
Sebab bila tengok album gambar banyak sangat kisah di balik gambar-gambar. Tapi memang majority gambar si anak la kan. Gambar sape lagi.
.
Ni cerita 20hb Julai lepas. Saya telah melepaskan anak dara saya berumur 4 tahun untuk mengikuti rombongan tadika pergi ke Zoo di Sunway Lagoon.
.
Memula suspen dan risau jugak. Seminggu jugak ding dong berfikir nak bagi kakak pergi ke tak. Abah nya kata ikut kata mama. Mama yang banyak mikir. Hehehe..
.
Dari satu sudut hati risau takut terjadi sesuatu. Di satu lagi sudut hati rasa kena bagi dia keluar berdikari bersama kawan-kawan tanpa mama dan abah. So saya decide, bagi dia pergi dan dia sangat excited okey. Tak sabar.
.
Mama cakap, kalau nak pergi kena dengar pesanan mama. Sambil mama membuat senarai aturan dia kena ikut, mulut dia laju je bercakap, lagi?lagi mama?lagi? ;')
.
Biasala pesanan mama. Dengar cakap teacher, jangan terpisah dengan kawan-kawan yang baju sama, nak kencing cakap dengan teacher, jangan ikut orang tak kenal. Panjang mama punya reminder.
.
Hari dia pergi naik bas, dia lambai-lambai mama tersenyum girang. mama ko pulak touching rasa nak takung mata. Hahaha! Siap pesan dengan teacher, nanti ambik gambar Qaira dalam bas sebab mama hantar kat bawah bas je. Tak pepasal hari tu gi opis pukul 7:30am tau mengantar anak dara naik bas!


So far so good. Perjalanan lancar. Dorang sampai Sunway Lagoon pukul 10am . So mama pun boleh buat kerja dengan tenang dekat office.
.
Dah lewat malam sikit baru teacher hantar gambar aktiviti kat sana. Penat dorang semua ni dari pagi, sampai rumah pukul 7:30pm baru sampai rumah.

 
Banyak sangat aktiviti kanak-kanak riang ni buat kat sana. Paling seronok masa dorang tengok pertunjukan haiwan la kot. Burung terbang-terbang je tepi dorang. CIkgu dia hantar video.

 
Seronok pulak tengok anak seronok jejalan dengan kengkawan dia. Rasa berbaloi pulak melepaskan dia pergi rombongan.
.
Tapi ada jugak mak-mak yang ikut gi rombongan ni. Haha. Nak tergelak tengok. Padahal anak dorang pun dah 6 tahun.
.
Bukan nak gelakkan sebab anak saya hebat sangat boleh gi rombongan walaupun umur baru 4 tahun. Tapi sebab berapa lama si ibu nak mengikut anak ke mana-mana tanpa bagi mereka peluang berdikari tanpa si ibu di sisi. Tapi lain orang lain pandangan mereka terhadap penjagaan anak masing-masing kan.
.
Ada seorang parents jumpa saya, dia tanya anak saya berapa tahun, Then saya cakap 4 tahun. Lepas tu dia sambung, 'Tapi anak awak nampak berdikari la. Masuk kelas sendiri. Tak menangis'.
.
Saya senyum je. Dulu masa si kakak terpaksa masuk taska dari umur 2 tahun, setiap pagi dia menangis tak mo gi taska. Dan masa saya tengah berpantang adik dia, dia masih liat nak ke taska. Pepagi mesti perang punya.
.
Tapi lama-lama tu start umur 3 tahun dia dah okey. Dah seronok nak ke taska setiap hari. Bila dah 4 tahun, cikgu offer dia masuk tadika. Macam terlalu awal bagi saya untuk dia belajar. Tapi bila melihat dia dah boleh menulis huruf dengan agak tersusun dan teratur, rasa tersentuh pulak. Sebab umur mama dia 4 tahun menulis pun tak pandai, sibuk bermain lagi.
.
Kemahiran berfikir untuk budak sekolah sekarang pun sangat tinggi. Terpaksa korbankan waktu kecil dia. Macamanapun, tadika belajar halfday je. Petang boleh main.
.
Hehe. Okey la. Sambung kerja sikit. Celoteh panjang-panjang untuk kenangan akan datang.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~
.

3 August 2017

Bila Mama Letak 3 Syarat Setiap Hari

Assalamualaikum.
.
Cerita hari-hari seorang mama 2 orang anak. Kena hadap kisah macam ni setiap pagi.
.
Ni si kakak Qaira umur 4 tahun. Kakak dah masuk tadika 4 tahun. Comel kan uniform warna pink. Tahun depan nak pakai uniform Tadika yang baru.
.

 
Ni gambar dia baru lepas mengamuk. Tapi sebab dia nampak mama nak tangkap gambar, muka dia ada manis sikit la.. Kalau tak masam muncung boleh sangkut hanger baju!
.
Tiap malam sebelum tidur, buat perjanjian bersyarat dengan kakak. Sebabnya kakak ni jenis cakap dia kena ikut. Kalau tak ikut, alamatnya tantrum datang. Menangis kaw2...sekarang dah upgred sikit. Suka masuk bilik hempas pintu. Wow... perangai baran mama tu menurun sangat dekat dia.
.
So mama dapat satu idea. Sebelum tidur ingatkan dia 3 syarat untuk mama ikut kemahuan dia. Biasanya dia nak pergi beli sarapan donut dengan petang-petang masa jemput dia balik, dia nak mama bawak dia naik motor pusing kampung belakang dan dia nak beli bubur. 
.
Permintaan dia tu senang je takde la susah sangat. Tapi sebab nak ajar dia tak semua yang dia nak boleh dapat dengan senang kalau tak dengar cakap mama. Kejam pulak rasa kan.
.
Syarat pertama ; bangun tido tak mau mengamuk.
Syarat kedua : tak boleh menangis nak bangun pergi mandi
Syarat ketiga : Bangun mesti awal.
.
So far, dalam minggu ni isnin - khames, hari selasa je syarat sempurna dan dapat 3 good. Yang lain-lain tak dapat 3 good.
.
So bila tak dapat 3 good, masa pergi tadika takde singgah memana. Masa balik tadika terus naik rumah. Takde naik moto atau singgah kedai runcit dekat tadika.
.
Hari isnin hari tu dia ajak gi kedai. Mama buat keras je cakap 'No sebab pagi tadi kakak bangun tidor mengamuk menangis.'
.
Dia dengar mama cakap macam tu, terus dia jalan kaki balik rumah sambil mengomel-ngomel dan hentak kaki. Mama buat tak tau je.
.
Hari selasa dia dapat beli donut dan naik motor sebab dapat 3 good. Bangun tido terus senyum. Ko hadooo?hahaha..
.
Hari rabu bangun awal tapi menanges. So mama tak bawak beli donut. Balik petang tu dia redha je takde tanya apa-apa terus balik rumah. hehehehe..
.
Hari khames, dia menanges. Tapi bangun awal dan amukan tak teruk sangat. So mama cakap 2 je good. Kalau ikutkan tak dapat la beli donut. Tapi abah dia ada, dia ajak abah dia g kedai. 
.
Kalau dengan abah, of kos la dapatkann..
.
Sebenarnya bukan nak berkira dengan anak bab makan. Cuma nak ajar dia tak semua benda dia nak boleh dapat dengan mudah. Dan nak dia bangun awal tanpa buat mama naik darah tiap pagi.. kikiki...
.
Bila dia ngamuk pepagi bangun tido, si adik mesti terbangun. Bila adik bangun awal, makanya mama punya time memang lari habis la.. 
.
Abah dia pulak biasanya memang keluar awal gelap sebelum subuh. Nak hadap sesorang bebudak ni memang kecoh tiap pagi.. 
.
Okei la.... sambung buat kerja lagi sikit.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

2 August 2017

Selesema Kakak Cepat Reda Dengan Nutriferon

Assalamualaikum.
.
Musim demam agaknya sekarang kan? Anak sulung saya si Qaira Qaisara kena selesema. Mungkin jugak terkena selesema lepas dia balik dari rombongan tadika ke Zoo kat Sunway Lagoon hari tu. Tak lama dia selesema jangkit pulak ke adik Qayyum.
.
Kebetulan pulak, ada lagi Nutriferon Shaklee yang saya buat stok masa Qaira kena chicken pox bulan Ramadhan baru ni. So saya bagi di makan nutriferon ni half sachet sehari sekali. Lagi half sachet, mama dia makan. Haha. Sebab nak bagi kepada si adik melalui susu ibu.
.
Qaira ni memang suka sangat kalau suruh makan nutriferon. Mungkin sebab rasanya sedap.

 
Alhamdulillah. Memang selesema kali ni dia tak makan ubat and nampak dah pulih cepat. Tak sampai seminggu saya tengok selesema dia menyerang.Tapi si adik ada lagi la meleleh-leleh.
.
Nak tau tak apa manfaat nutriferon Shaklee ni? Jom saya kongsikan.

  • Meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dalam 3 hari. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  • Melindungi dari influenza. NutriFeron mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  • Membantu lawan kanser & tumur otak. NutriFeron, interferon semulajadi yang mengandungi polisakarida aktif yang akan merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Jadi ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Mengurangkan infersi & sakit kronik pesakit2 hepatatis B & C. Nutriferon berjaya memerangi virus sekaligus mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  • Membantu kurangkan ketidakselesaan waktu kemoterap.
  • Melambatkan proses penuaan. formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Membantu meningkatkan kesihatan wanita monopous menjadi lebih baik.
  • Meringankan stress dan kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

  • Mengurangkan simtom2 ketika pra haid & waktu haid. NutriFeron terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
**This product are not intended to diagnos, cure, treat or prevent any desease.
.
Kalau nak cuba kehebatan nutriferon ni untuk anak-anak boleh la PM. ^__^
.
Thanks sudi baca.
.
bye~

1 August 2017

Idea Mengecat Dinding Bersama Nippon Paint


Assalamualaikum..

Selamat petang. Ke udara di petang hari. Hari ni baru selesai buat urusan kerja luar pejabat. Sibuk ke Shah Alam, lepas tu ke KL pulak submit dokumen. On the way balik, sempat singgah ke CIMB buat semakan pinjaman ASB.
.
Kembali ke cerita touch up rumah sewa saya. Baru ni, cerita pasal touch up dapur kan. Boleh tengok entry tu kat SINI.
.
Dua tahun lepas, rumah bercat semua biru cair. Nampak biru cair kan? Kontraktor yang cat dulu cakap ni warna grey. Saya nampak ianya biru.Hehe..Entah la.
.

 
Kali ni kerja cat buat sendiri je. Suami terlajak rajin buat kerja mengecat. Dia cat sikit-sikit lepas selesai buat kerja pasang rak.
.
Kami decide nak warna grey. Kekonon modern la sangat..
.
 
Sebelah dinding je buat grey. Sebelah lagi cat dengan warna biru cair balance cat dari rumah saya 3 tahun lepas. 
.
Kami pilih menggunakan cat Nippon Paint sebab cantik. Nampak dia punya nur tu berkilauan. Hehe.. Lain sebab, kalau dinding kotor kena conteng ke apa, boleh lap je dengan kain basah kan.. Senang... ^__^
.
Kakak saya cakap gandingan metalic grey dengan biru cair tu pelik..
.
Ye ke? Saya pulak kata belasah je la sebab rumah nak buat sewa je.. kikiki...
.
Ok ke tak oke? Cer komen sikit pelis.
.
Tq~
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page