Daisypath Anniversary tickers

28 July 2017

Tragedi Julai, Bila Adik Tertonggeng Dari Basikal.

Assalamualaikum...

Kisah mama anak dua ni.. Kalut.. Baru anak dua je kan. Bukannya dua belas! pfftt~
.
Ni kejadian menimpa si anak bujang... Waktu kejadian ialah waktu malam lepas magrib macam tu... Ada jiran datang rumah hantar barang. Si anak bujang sorang ni, tak bagi tutup pintu pulak lepas jiran tu dah balik.. Bila mama tutup pintu, dia punya tantrum pun datang laaaaa....
.
Mama pujuk kejap makin menjadi pulak dia punya tantrum so mama biarkan sebab si kakak pula dah bising lapar nak makan. So, mama pun ke dapur la nak isi makanan kakak dalam mangkuk.
.
Tetiba dengar suara si anak bujang ni makin kuat menanges. Bila keluar tengok, dia dah tersembam dekat lantai...

 

Ya Allah. Tuhan aje yang tahu tengok adik dah tersembam. Cepat-cepat angkat dia tengok mulut hidung habis berdarah! Terus panik. Dia menangis kuat. Cecepat mama angkat dukung dia ke sofa. Mama dah nak menangis. Abah pulak kerja.. Call abah dia tak boleh nak cakap sebab kalut adik tengah menangis. So snap gambar ni terus whatsapp kat abah dia dan pengasuh.
.
Mama ambil towel nak lap luka berdarah tu tapi adik tak bagi..
.
Mungkin sakit sangat la tu... 
.

 
Bila tangisan dah reda, bagi adik susu baru dia diam. Kesiannya anak bujang sorang. Rasanya masa tu mesti dia tengah duduk kat basikal kecik dia sambil nangis dan hentak-hentak basikal tu macam biasa dia buat. Cuma mungkin tengah tantrum kuat, kali ni hentak lebih sikit sampai terbalik tuan badan. Agaknya laa.. Sebab masa tu mama pun kat dapur.
.
Si anak bujang sorang ni, walaupun belum cecah  2 tahun, tapi rasanya ni kali kedua kot dia berdarah bibir macam ni. Cuma yang dulu takde seteruk kali ni.


 
Abah dia sibuk la bertanya, mulut ke hidung berdarah. Tu yang bila adik lepas susu, ambik gambar dia tengok bibir dah muncung cam ni haa... 
.
Marah la dia nak susu lagi.. Bagi susu lagi sampai la tertidur kat riba..
.
 
Baru nak angkat dari riba dia dah celik mata terus main macam biasa.
.
Anak bujang memang macam ni agaknya. Macam lupa kesakitan dia tadi. Tapi bibir ada seksi sikit kan?
.
Tengok dia kembali aktif, kurang la risau mama.
.
Ma dengan ayah asuhan dia datang la jenguk sekejap. Tolong cucikan luka kat hidung adik ni. Sebab mama is macam seram je nak buat sendiri. Kalau cuci pun ala-ala je agaknya... Tak sampai hati.
.
Bila cerita kat kawan, katanya budak laki kalau tak jatuh luka berdarah, tak cukup lelaki katanya. Tersenyum je la dengar. Sebab anak bujang sorang ni je banyak kali sangat jatuh. Risau jugak especially tang kepalanya tu. Dari mula nak imbangkan badan nak duduk, berdiri, memang banyak kali dia jatuh. Belum lagi yang kena tolak dengan kakak dia secara sengaja.
.
Mama ni dah tak tau nak jerit tara apa lagi dah.
.
Habis sabar dah rasanya...
.
Eh terluah rasa puleks!
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

1 comment:

  1. ala kesiannya... semoga cepat sembuh dan jangan putus asa main basikal lagi...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page