24 April 2017

Anniversary Trip Penang : Breakfast di Transfer Road

Assalamualaikum.

Lama tak ke udara. Sibuk sangat buat branding untuk product baru kat facebook.😅😅


Sekian lama saya mencari waktu yang sesuai untuk bawa anak berjalan-jalan. Akhirny suami saya memilih tarikh 19,20,21 Apr untuk vacation family trip kami. Secara betulnya, 19hb memang saya kena cuti sebab pengasuh baby ada urusan. Alang-alang dah cuti, kasi straight terus ke hujung minggu.


19hb kami plan ke Penang dulu. Plan asal nak bawak anak tidur kat Lexis Hotel sebab ada private pool, bilik sauna dalam bilik.

Pada 19hb kami gerak pukul 5:30am dari Rawang. Kesian budak-budak ni kena bangun awal.
 
Sampai kat Penang dalam pukul 10am macam tu. Tak sangka pulak sempat breakfast dekat Transfer Road yang viral Roti Telur Goyang sedap sangat katanya. 
 
Warung tu dekat tepi jalan je. Dah datang hari rabu ,memang tak payah gaduh cari seat. So kite order menu special roti telur goyang & roti canai ayam.
 

 
Roti kat utara ni special bak ang. Tebal & rangup.

Roti telur goyang 1set RM4.  Kita order 2 set. Roti canai ayam ni kita order 1 set je. Harganya RM8.

Campur ayak teh ais, teh tarik, milo ais. Semua sekali RM25. 

Ni sarapan bak raja kerabat sultanah aminah. 😂

Nasib baik bukan selalu mai Penang. Layankan je menu-menu special ni.

Perut dah kenyang? Kita menghala ke Bukit Bendera pulak.

Entry Bukit Bendera saya sambung nanti ye. Anak dara dah merajuk takde teman sebab mama tengok henpon je.

Ok tq sudi baca. Muahciked! 💋

2 comments:

  1. Dah lama pula tak ke penang hehe telur goyang pun tak pernah try lagi ni kak. Macam best ja nampak gambar tu. saya singgah sini dan follow ya, salam perkenalan. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  2. sedap nye roti canai jalan transferrr

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page