Daisypath Anniversary tickers

7 March 2017

BILA ANAK CAMPAK WRISLET MAMA KAT BAWAH BANGUNAN

Assalamualaikum.

Hai! 

Semalam hari kekalutan sedunia untuk saya seorang. Fuh.

Anak buang 2 ketoi wrislet ke bawah rumah.

Memula tak expect dia akan buang. Saya ingat dia sorok atau simpan di mana-mana. Puas carik seisi rumah. Hadui.. sampai call husband tanya ada tak sorok atau ternampak barang ni.

Lepas tu masuk dalam whatsapp grup jiran blok. Bila ada yang cakap memang ternampak wrislet tu kat bawah terus rasa macam huwarhhhhhh.. habisla hilang semua.....


Kami jumpa bear je yang kene campak ke bawah jugak . 😭

Akhirnya saya call bank untuk block kad saya. Takut la tak tau sapa pegang.

Tetiba, cikgu tadika anak saya cakap cleaner blok yang jumpa. Ada duit katanya dalam tu.

Saya pergi pejabat pengurusan apartment, dorang cakap cleaner tak hantar pun barang.

Pusing balik kat blok saya cari cleaner tu. Lepas tu ada la sorang cleaner bagi contact number kawan dia yang jumpa barang saya tu. 

Kami bertemu.

Alhamdulillah. Acik ni simpankan barang saya tu dalam store. Terima kasih sangat. Tak payah la saya sesusah bt mykid,mykad baru. Tapi still kene ke bank sebab dah block kad saya. Nasib baik baru block 1 kad je. Sebab kad tu je ada duit. 😅😅

 Basah lencun keduanya ni. Anak saya campak petang ahad.

Sabor je la.

Anak pulak rasa bersalah sebab kene soal siasat sebab musabab dia campak barang ke bawah.

Tunduk je dia.

Lepas tu dia belikan mama cheese tart buah. Haha..

Mintak maaf la tuh...

Anak-anak.. 😌😌

2 comments:

  1. Nasib baik jumpa dan dapat jiran-jiran yang baik, kalau silap orang yang sambutnya memang dah kena swipe lah kat tu... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. nasib baik yg jumpa tu org yg jujur kan kak, alhamdulillah. slrg ni jarang jumpa org yg betul2 jujur & amanah. pandai anak2 akak pujuk dgn belikan cheese tart buah 😉

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page