Daisypath Anniversary tickers

27 January 2016

Day 29 Berpantang Set Berpantang Shaklee dan Nona Roguy untuk saya

Assalamualaikum...

Semua kisah throwback je eh?? Sebab my baby boy tido siang. Aku tido kejap dengan dia, bangun je up 1 entry. Hehe. Tapi hari ni 2 entry sekali on. Kagum dengan diri sendiri..

Untuk persediaan berpantang anak kedua ni, aku guna set shaklee & nona roguy.
Set shaklee ni memang aku dah guna since lepas kawen tahun 2012. Aku kan ahli shaklee. Mesti la shaklee sentiasa di hati. So masa berpantang Qaira memang set lengkap habis. Tapi yang kali ni tak full set. Aku beli sikit je.

Vitamin C tu untuk skin aii la kan.. 
Omega Guard memang diamalkan dari pregnant. Untuk otak si kecil, untuk kawal kolestrol mama & banyak lagi. Paling penting tak nak bagi berat naik. Gituu..  Lecitin & alfalfa gandingan sejoli yang mesti ada untuk buang lemak & toksin. Tapi alfalfa tu ada banyak kebaikan. Selain daripada tu boleh pulih masalah keputihan, sumber tumbuhan bagi orang yang tak suka makan sayur. Ada banyak lagi kebaikan alfalfa. Yang paling penting, boleh membantu masalah demam kuning baby. Haaa.. Anak kan ambil nutrisi dari susu ibu. Ostematrix pulak aku memang sentiasa ready stok 3,4 botol kat umah. Ni memang untuk kalsium dan tulang. Masa pregnant ari tu every night ambik 4 biji. Mudah untuk membuang setiap pagi. Dannn.. Langsung tak kejang kaki bile bangun pagi sepanjang pregnant. Ala, ape orang panggil tu? Simpul biawak eh? Ye la kot.

Hehe. So, kalau korang berminat nak order set Shaklee, jangan segan silu PM aii.. Siap bagi konsultansi pemakanan lagi..

Set Nona Roguy pun aku ada standby. Bila baca pasal NR ni, tengok bagus dan banyak jugak penerangan dari bidan nye.. So boleh kata semua produk NE aku beli. Mule-mule ambik set dan beli loose item bagi item yang tak de dalam set berpantang.
Krim herbanika  barut tu aku dah repeat 3 tiub. Tu untuk pakai bengkung masa berpantang. Bengkung takde dalam gambar. Bengkung pun aku beli dari set NR jugak.

Minyak herbanika dah repeat 2 botol. Memang bagus sangat sebab panas & berangin di perut, kaki, kepala.

Nu3med ni madu & gamat. Takde repeat lagi sebab yang sebotol tak habis-habis.
Anak pun boleh minum nu3med ni.

Minyak Salmah pulak minyak untuk baby. Sapu hanis kat satu badan dia.

Minyak berubat herba dah tinggal separuh. Awal bersalin dulu hari-hari letak kat pad. Nak bagi luka bersalin cepat baik. Plan nak repeat lagi sebab bagus jugak untuk baby yang kembung perut.

Akar herbanika. Ni kotak kedua. Kotak pertama beli masa sebelum pregnant dulu. 

Herbal balm ni mule-mule beli untuk baby. Tapi since si kakak selsema, terus sapu kat hidung dia. Macam kesan gatal & gigit nyamuk pun cepat ok bile sapu herbal balm. Dah repeat 2x herbal balm ni.

Bende lain produk NR yang takde dalam gambar ni ialah pencuci wanita barra gel. Untuk pantang je aku beli 3 botol hari tu. Buat cuci muke jugak. Ada orang buat mandi terus. Uncang cuci dah habis guna. So memang tak de gambar la. Sabun dhia untuk badan pun tiada gambar. Tapi dah repeat 2 kotak sabun tu. Part berpasir tu memang best sapu kat badan. Kasik ilang daki-daki bile berlengas peluh pantang. Mandian herba ratu untuk mandian setiap pagi. 

Setiap produk yang dijual kat pasaran ada kebaikan masing-masing. Tapi pilihan di tangan anda nak beli set apa. 

Peace!

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page