23 January 2015

Laguna Biru Fasa 2 Di Ekspo Pameran Hartanah Bangi!

Assalamualaikum...

Ada sesiapa yang sedang mencari rumah untuk dimiliki? Nih aku ada nak buat iklan sikit. Untuk minggu ni, Jumaat,Sabtu & Ahad (23~25 Januari 2015) aku berada di Ekspo Prospek Hartanah di PKNS Bangi. 

Aku di sini sebagai wakil pemaju untuk promosi projek perumahan mampu milik , bukan mampu tengok.. Projek Laguna Biru Fasa 2. 
Terdiri dari 6 blok bangunan 17 tingkat dengan kemudahan 2 unit lif. 

Harga jualan bermula daripada Rm145,000 ~ RM166,000.

Projek ini masih dalam peringkat kerja awal di tapak.. Kedudukan projek ini adalah di tengah perkampungan melayu. Dan kawasan ni bakal jadi tempat pelancongan sebab berdekatan dengan Tasik Biru. 

Kalau ada yang berminat boleh tengok syarat-syarat kelayakan di bawah.

Keluasan rumah 850kps & ada 2 jenis rekabentuk rumah bagi perumahan ni. 
So, kalau ada yang berminat boleh hubungi talian pejabat jualan 03-6034 3276

 

15 January 2015

Dapat Duit 'Ganti' Dari TOUCH N GO

Assalamualaikum.

Cerita pasal kad touch n go aku. Aku up gred kad watson jadi touch n go. Bila ada even kat pwtc, aku pun topup RM20. Sebab nak gi pwtc naik KTM je dari rumah. 

Lepas tu aku perasan kredit dalam kad aku macam dipotong lebih RM5 untuk penggunaan kali pertama. So aku consider ada caj tersembunyik kot. Biar je la. Kasi halal..

Beberapa hari lepas tu, aku topup lagi. Sebab kene pergi course kat Hotel Dynasty Jalan Ipoh. Lepas topup je hilang lagi hampir RM5.

Aiik.. Ni memang dah menduga kesabaran aku. 

Terus aku call hotline touch n go nak tau apa masalahnye. Dah bagi detail kad, staff touch N go bagitau tu penalty sebab dorang tak boleh nak track location aku naik KTM.

Mungkin aku touch kad tak betul kot? Kan..

So dorang akan refund semula duit tu dalam tempoh sebulan. Kalau aku tak call, for sure aku pun tak tau dorang akan refund duit. Dan dorang pun tak tau kene refund duit aku. Ceewaah. Hahaha..
Duit tu pun dah selamat masuk dalam akaun. Alhamdulillah...



5 January 2015

Resepi Popia Goreng Special

Assalamualaikum..

Entry ketiga di tahun baru.. Masih dok up resepi. Mood sekarang nak hupdate resepi. Nak buat macamne kan.. Hihi..

Ni resepi yang baru buat jugak.. Meh cuci mata dengan hasilnya.. Zass!
Aummm.. Nomnomnom...

Dengan modal beberapa hengget, dapat popia yang gemuk dengan isinya..

Jom tengok bahan-bahan:
1)kulit popia
2)taugeh segenggam 
3)tauhu seketul- dipotong bentuk kiub
4)isi 2 ketul ayam dicincang kecik
5)telur sebijik
6)bawang besar hiris-aku amik 1/4 bawang besar je
7)bawang putih 2 biji dihiris
8)lobak dihiris nipis
9)mix vegetable.
10)garam secubit.

Cara-cara:
1) tumis bawang besar & putih sehingga wangi.
2)masukkan ayam, kemudian lobak.
3)masukkn semua bahan lain yang dah potong kecik tu kecuali taugeh.
4)dalam kuali yang sama, tolak ketepi bahan tumis tadi. Pecahkan telur dalam tu. Kacau bahan dalam kuali dengan telur tersebut. Baru letak taugeh..
5) perasakan dengan garam.
6)siap!

Biarkan bahan tu sejuk dulu, baru gulung dalam kulit popia. Goreng dengan minyak yang banyak & pastikan minyak betul-betul panas baru letak popia tu.

Selamat mencuba!

4 January 2015

Resepi Yee Mee Sup Mudah Kegemaran Qaira

Assalamualaikum..

Hari ni breakfast kat luar. Malas nak buat sarapan. Teringin nak makan nasik dagang pulak yang sedapp sangat kat area rumah aku ni..  

So, tahap kenyang sarapan nasik dagang tu bawak ke tengahari. Terus tak masak lunch. Hihi. Dah pepetang gini, lapo.. Teringin buat yee mee sup pulak!

Masa penyediaan lebih kurang 15-20 minit je! Senang mudah simpel. Sedap! Hehe.. Syok sendiri puji masakan sendiri.

Ekcelli ni pestime try buat yee mee sup. sebelum buat tu, aku research sikit cara chef2 kat luar masak resepi ni.

So hasilnya beginiii..
Complete! Lobak,telur,sawi,ayam,fishbl.fishcakezz nyummy!

Korang nak try jugak?

Meh i tepek resepi versi i okeh? Hihi..

Bahan2:
1) yee mee * aku guna 1 sanggul yee mee untuk semangkuk sup. makan share dengan Qaira berdua je. 
2)bawang merah 1 biji -hiris
3)bawang putih 2 biji -hiris
4)halia - hiris
5)isi ayam potong kecik
6)fish cake sekeping-hiris
7)fishball- potong 2
8)sawi hiris
9)lobak-hiris
10) minyak utk tumis
11) kiub ayam
12)garam

Cara masak versi aku.
1)masukkan minyak dalam periuk dan panaskan. Bila minyak dah panas tunis bawang merah, putih & halia.
2) bila bau dah naik, masukkan ayam. Bagi ayam tu kuar air dari ayam tu sendiri.
3)untuk sup, aku masukkan air lebih kurang 500ml gitu, dan aku buh 1 cube ayam.
4)then, aku campak sayur yang keras dulu macam lobak.. Lps tu aku masukkan segala bahan yang ada di atas tu. Last sekali baru buh daun sawi dan perasakan dengan garam sesedap rase tekak memasing.
5) dalam mangkuk lain, aku letak sesanggul yee mee. Dan aku curahkan sup tadi. Yee mee tu akan lembut sebab sup tengah panas kan.. Dapatla hasil yang super ala-ala kedai konon. Cewaah..
Untuk resepi petang ni, aku pecahkan sebiji telur. Konon yee mee special la kan!

Si, ready to eat dengan anak dara ku.. Bersungguh dia makan tauu.. Hehe..


Try la.. Try la.. Nanti share hasil ok!

3 January 2015

Sosej Roll menu mudah breakfast

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Salam Maulidur Rasul. Selamat tahun baru. Lambat 3 hari je wish new year. Haha..

Cuaca pagi ni mendung2 sahaja. Hari ni encik husband ada kat rumah. Keluar kerja lambat sikit kot. So i prepared breakfast for him. Sosej roll. Feveret si anak dengan bapak. 
Ringkas je. Hanya perlu:
1) roti gardenia
2)telur
3) sosej
4) garam & serbuk lada hitam *option*

Cara-cara:
1) leperkan roti gardenia
2)sosej di bakar di kuali. Aku guna non stick pan. Tak payah guna minyak. Letak je sosej beratur elok2 dalam tu.
3) bila sosej dah suam2, gulung dalam roti yang dah dileperkan.
4)lkacau telur dalam mangkuk lain.
5)sapukan telur yang di kacau tadi disekeliling roti dan bahagian hujung roti nak bagi roti tu melekat.
6) goreng

Pastikan minyak betul panas sebelum masukkan sosej roll tu. Kalau idok nanti mau nya gigit roti meleleh2 minyak.

Kalau minyak meresap dalam roti, ia jadi muak. So kene make sure roti tak serap minyak ye.

*lame tak update blog, tetiba bagi resepi tahun baru. Haha..
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page