Daisypath Anniversary tickers

24 July 2014

Nah, Ini E-Kad Raya Dari Cik May Untuk Semua Bloger Yang Singgah!

Tak lama lagi, kita semua dah nak raya.. 
So,di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya kat awak,awak awak yang tengah baca entry ini.. Nak pos kad raya, tak tau alamat, so, nah aku bagi sekeping e-kad raya untuk kalian.. ;))

Jimat pakai sistem e-kad ni kan... ;) tak payah kelam kabut gi pejabat pos...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

22 July 2014

Resepi lala tumis untuk berbuka semalam

Assalamualaikum..

Ada seorang teman lama mintak resepi ni diabadikan dalam entry blog aku.. Hehee.. So,untuk memenuhi permintaan si teman, nah ni resepinya. Masak jangan tak masak tau!

Bahan-bahan untuk anggaran 1kg lala:
1)setengah biji bawang besar-potong dadu
2)2 biji bawang kecil-hiris
3)3-4 biji bawang putih-hiris
4)2 batang serai-diketuk
5)2 sudu cili boh-aku pakai cili kering yang blend sendiri
6)1 sudu sos tiram
7)1 sudu sos cili
8)1 sudu sos tomato
9)1 biji cili besar-hiris
10)sedikit air
11)garam-secukup rasa
12)gula-secukup rasa
13)lala adalah watak utama dalam resepi ini.

Cara-cara:
1)tumiskan bahan yang dihiris dan di dadu tadi sehingga naik bau.
2)masukkan cili boh,sos tiram,sos tomato,sos cili,serai tadi..
3)buh air ckit,buh lala..buh garam+gula secukup rasa!

Siap..


Heheee..macam ketandusan idea je nak buat entry di bulan puasa ni. Tapi bab masak-masak ni, selalu hit di bulan ramadhan. :))

Belum pernah berbuka kat luar lagi ni.. Fuhhhhhh... Just plan nak masak mee goweng basah petang ini... ;)

16 July 2014

Projek kuih semperit raya

Assalamualaikum...

Masa nuzul Quran, buat projek kuih raya dengan adik ipar. Buat Kuih semperit.. Perit sangat nak buatnye.. Aahahaaa..

Ada banyak kaler pulak tu..kikikih....

Bila dah malas + penat , adik ipar aku dah tak larat nak picit acuan.. Terus tukar teknik buat kuih.. Maklumla.. Mini oven je.. Jenuh la pulak nak tunggu Q nak bakar semperit..

Tekap aje.laju giler tekap! Haha..

Kegigihan adik ipar aku menghasilkan sebalang semperit. Penat!

Aku? Sebok siapkan lauk berbuka.. Semalam buat rendang ayam lagik.. Hehe..

Hari ni, plan nak buat kuih makmur pulak.. Kuih yang tak terlalu perit nak buat.. ;p

Korang dah buat kuih raya ke?

11 July 2014

Periuk emergency!

Assalamualaikum...

Pagi tadi, aku masak untuk sahur. Sup ayam.. Bahan-bahan dah siap dihiris sebelum tido.. Hehe...


So,bangun tadi terus tumis & masuk ayam. Tetibe tengok api dapur padam.. Alamak! Gas habis!!!!!!!


Terus bawak keluar periuk emergency... Kelam kabut bukak kotak periuk hadiah kawen hari tu...


Terus transfer dalam tu..


Masak pakai periuk tu memang cepat. Tapi menggelabah la jugak. Dah pukul 515am! Haha..


Dengan Qaira sibuk nanges.. Nak mintak dukung baru diam..


Orang sahur dia pun sibuk bangun sahur..
posted from Bloggeroid

10 July 2014

Roti karipap inti sardin - stepbystep

Assalamualaikum..

Mood rajin noooo menggoogle resepi. Alkisahnye, husband wasap gambar ini..

Macam nak suruh aku buat. Tapi tak suruh pun. Kire macam wordless la.. Biarkan gambar bercerite.. Hamboiiih!

So,berbekalkan RM3.40 gi beli roti gardenia yang jumbo.. Baru tersedar,roti ni dah mahal. Dulu RM2.90 kot yang jumbo ni. Hurm.. Dunia-dunia. Kene bekerja keras untuk mendapatkan roti ni lagi 10 taon akan datang.. Pffft~

Ini antara bahan yang diperlukan.
Aku buat inti sardin je. Nak cepat katenye..
Untuk inti sardin size kecil jenama Adabi :
-1/2 bawang besar-dadu
-1 bawang kecik-dadu
-3 biji bawang putih-dadu
-1 biji kentang -dadu
-1 sudu cili yang dah blend*-(jika suka)
-lada kecik*-dadu (optional.aku tak guna sebab anak kecik.kang meraung pulak tergigit lada)

Untuk karipap:
-roti-brand pape je.ikut selera korang.aku pakai gardenia jumbo size.
-acuan karipap
-penggelek -kalau takde,guna la cawan.janji roti boleh leper.
-garfu*

Langkah 1: Tumis bawang2 sekalian sehingga layu. Masuk cili boh kalau suka. Taknak pun takpe.. Bila dah pecah minyak,masukkan kentang dadu. Tumis sampai lembut. Dan baru masuk sardin. Sardin ni,aku ambik ikan je.kuah buang. Hasilnya,seperti di dalam gambarajah 1 seperti di atas.. Biarkan sejuk seketika. Sambil itu buat kerja untuk roti pulak.

Langkah 2 : ambil roti dan gelek sampai la leper..

Langkah 3 : letak roti yang dah leper ke dalam acuan karipap dan bubuh inti tadi..

Sebenarnya acuan karipap aku beli ni kecik. Walaupun ada 2 size, size 1 lagi tu laaaaaaagi kecik.. Untuk buat termosa ok la kot? Tapi aku guna je..hehee. Guna ape yang hadoo kekdahnye...
Langkah 4:lipat acuan serapat mungkin. Dan buang lebihan roti keliling acuan.

Langkah 5: bukak acuan roti tu.. Taraaaa

Macam comel je! Macam commmel je! Macam cantik je.. Haha! Versi gedik nada tu.

Tu untuk buat roti karipap. 1 lagi design aku buat pakai garfu.. Design kooooo.. Kan main... Haha.. Untuk ni guna kekdah segitiga macam sandwich bese u ols buat tu!

Langkah 1 : buang kulit roti yang ada di keliling roti tu..ambil roti dan gelek sampai leper..

Langkah 2 : isi inti di tengah-tengahnye.

Langkah 3 : lipat jadi segi tiga. Dan gelek di bahagian hujung roti tu..

So,bila bahagian hujung tu dah leper,ambik garfu, picit-picit untuk bagi effect yang begitu kreatif! Bahahaaaa..

Maka,terhasillah sandwich & karipap roti sardin!!

Sebungkus roti dapat banyak tu je...

So, aku simpan dalam tuppaware & simpan dalam peti.. Masa sahur tadi, aku goreng la sikit.. Goreng sekejap je tau! Kalau lama, hangus! Bila dah goreng, sedia untuk di makan.

Ni gambar fresh sahur tadi. Bila kala si anak kecik pun sebok bersahur jugekkk... Hurm.. Sila la makan princess hati mama & abah. Haha..

Amacam? Ok kan menu ni? Hihi.. Ekceliy , menu ni sangat berguna bila roti dah nak expired, tapi sekeping pun tak makan lagi. Sebab tu la dapat hasil roti karipap sardin. Heheheeee..

Selamat mencuba! Eceh. Macam chef3 pulak.. :)

posted from Bloggeroid

9 July 2014

Rendang Ayam menu berbuka puasa ke-10

Assalamualaikum..

Akhirnya, niat nak masak rendang semalam terlaksana.. Ahaaaa.. Gigih... Kata akak aku.. Hehe.. Saje nak pelbagai menu... ;)

Rendang ayam in d making! Senang & sekejap je buat rendang ni.. Aku wasap kat husband gambar in d making tu, terus dia mintak rebus ketupat.. Heeee.. Tau dah.. Sebelum dia suruh tu,aku dah keluar sesiap ketupat untuk rebus...

Ni hasil masakan bila dah kering-kering basah. Aku tak suka sangat rendang kering...

Bila dah transfer dalam mangkuk... Taraaa... Bila makan, rasa.. Macam.. Eh,sedap jugak aku buat rendang! Haha..


Rasa macam nak buat je resipi mudah rendang ni.. Okey tak??


Nanti bila orang google, boleh dapat unique view! Wahahaaa... :p
posted from Bloggeroid

8 July 2014

Menu-menu berbuka hari 1-10

Assalamualaikum..

Berbaloikah memasak untuk berbuka? Atau lebih berbaloi ke bazar sahaja?? Lagi-lagi hanya makan berdua aje..

Pada aku, kalau kekangan masa, sampai rumah lewat, beli je la kan.. Dulu,zaman aku bekerja balik lewat petang,memang gi beli kat bazar je.

Tapi sekarang? Masak.. Walaupun berbuka seorang.. Tapi sahur berdua.. So,standby la untuk lauk sahur terus. Qaira? Makan jugak. Tapi tak banyak.. Suap tak mo. Nak makan sendiri..

Menu day 1 berbuka.. Aku follow resepi yang orang dok copy paste kat wasap tu.

Aku masak ayam masak lemak cili api.

Tapi tak berape nak berapi sebab husband tak makan pedas. Gambar takde. Dah delete.. Just share dengan kakak je. Hehe.

Menu day 2 berbuka..

Aku masak ayam masak paprik..

Campur sikit kacang panjang yang memang dah siap di potong & simpan dalam tuppaware..

Menu day 3 berbuka..

Aku masak ayam masak semur..

Menu ala jawa. Tapi sebenarnya macam masak kicap.tapi lebih pekat sebab pakai santan. Dan banyak lada putih..

Menu day 4 berbuka.

Ayam masak kurma..

Ni baru 1st time masak kurma. Hehe.. Mujur menjadi...

Ayam masak kurma je ada gambar.. Haha...

Menu day 5 berbuka..

Sambal sotong..

Hari-hari ayam.. Jemu tukar sotong pulak.. ;)

Menu day 6 berbuka..

Sardin special!!

Hiks! Asek menu heavy je.. Menumis untuk sardin pulak! Kenapa cakap special?? Ada kentang, ada bendi, ada tomato dalam 1 mangkuk untuk sardin.. Gile kreatif. Dah macam buat asam pedas.. Hahaa..

Menu day 7 berbuka..

Yong tau fu..

Beli kat bazar dekat rumah je.. Tapi lepas tu untuk sahur, aku buat perap ayam untuk buat ayam goreng.

Menu day 8 berbuka..

Ayam masak merah... Menu biasa la ni..

Menu day 9 berbuka..

Sambal udang..

Menu day 10..

Hari ni.. Macam nak buat rendang. Hehehee..

Korang nak masak ape ye?

posted from Bloggeroid

7 July 2014

Chinese food di Ikea

Assalamualaikum..

Tengok ni...

Simpel je kannnn.. Kedai ni kat tingkat bawah Ikea..

Layan je la makan pakai chopstick..

Tak sangka ada bakat guna chopstick! Bahaaaahaa..

Harga makanan 1 set RM11.90. Air botol tu boleh pilih.. Ada Vsoy,yeos,mineral.. Pilih la ikut tekak memaseng.. Aku pilih teaolimau.

Heheee..

Berbuka apa tadi?

posted from Bloggeroid

6 July 2014

Puding Caramel Simpel Tapi Enak!

Assalamualaikum...

Tengah belek-belek gambar, jumpa gambar puding caramel ni.. Teringin pulak.. Bila nak buat ye?? Si Qaira suka sangat makan puding caramel ni..

Dulu, aku tak makan puding caramel ni. Sebab pernah termakan yang hanyir.. Sumber utama kan telur.. So,aku memang tak suka... Sampai la ke detik, aku dapat tau cara buang punca hanyir di telur tu.

Caranya adalah dengan membuang titik putih kat telur tu.. Memang sedap rasa puding caramel ni lepas di buang titik putih..

Cara buat puding caramel ni pulak, sangat mudah..

Bahan-bahan perlu ada:
Untuk puding
1)telur 3 bijik
2)gula 5 sudu
3)1 sudu kecil esen vanila
4)400ml susu cair

Untuk gula hangus
1)5 sudu gula
2)2 sudu air

Cara-cara:
Buat gula hangus tu dulu.. Kacau dan kacau sehingga perang. Bukan sehingga hangus ye? Kalau hangus, nasib korang la...

Bila dah perang, baru aku transfer gula hangus tu ke dalam loyang..

Untuk buat puding, gula,telur,esen vanila dicampur dan dikacau dengan perlahan-lahan.. Jangan kacau macam buat telur dadar pulak!

Lepas tu baru campur susu cair yang dah disuamkan tadi... Kacau perlahan, dan curah ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi..

Dan kukus lah di atas pengukus anda...

Siap..!

Senang kan?

Cepat lah gi dapur buat!

posted from Bloggeroid

3 July 2014

Portable Pool Murah-murah : animal pool : splash pool : family loung pool

Assalamualaikum...


Hai hai.. Tuan tanah nak bukak kedai..

Nak maklum kat semua kengkawan, di sini ada menjual pool dengan harga berpatutan.. Pasti paling murah di pasaran... Ada beberapa design pool dan harga berlainan ye..

Meh nak share sesikit.. Buat masa ni, hot item yang memang laju macam pisang goreng yang aku jual ialah.. Animal pool..

Meh aku share gambar anak sendiri main pool ni...

Pool ni boleh keluarkan air hujan yoooo....

Qaira dengan kakak sepupu kat Kuantan..

Lepas je share testimoni anak aku, ramai orang mula bertanyakan.. Hehee.. Meh nak share antara gambar yang customer aku hantar lepas beli pool ni dari aku... Ditegaskan, customer aku ye.. Bukan gambar carian google!

Ni anak customer aku dari Kepong.. Ibunya kawan aku sek dulu..

Ni anak customer aku dari Shah Alam. Mak dia ni dulu seopis dengan aku zaman aku fresh graduate..

Ni anak customer dari Terengganu.. Tak kenal customer ni. Tapi,rezeki sangat dapat jumpa customer ni.. Banyak kali kol nak tanya pool ni..

Ni pulak anak customer dari Rawang. Mami dia budak SPNB jugak.. Jiran aku.. Hehee..

Ni pulak customer kat Kuala Terengganu.. Budak SPNB jugak..hihi. Tapi staff cawangan..

Okei.. Tak boleh share banyak gambar customer.. Nanti tak habis-habis baca entry ni 3 hari 3 malam...

Design lain,lebih slim dari segi size dan harga.. Iaitu Splash Pool..

Secara jujur, tak ramai beli yang ni. Sebab kecik sikit kot sizenye. Tapi, sesuai untuk ruangan yang lebih kecil ye..

Pool yang terakhir nak perkenalkan, Family Lounge Pool..

Simpel but nice! Hehe.. Besar.. Banyak free gift!


Sweet jer customer ni kan. Main dalam pool dengan anak..

Orang dewasa pun boleh masuk dalam pool ni.. Korang jangan risau. Kalau rasa tak sempat bawak anak gi main air, bawak je anak masuk dalam pool ni...

Harga? Emel je untuk dapatkan harga promosi ok.. Ni emel address : mayzura@ymail.com

Antara free gift yang diberikan untuk setiap pembelian:
1)pam elektrik
2)penembak air @ pump gun 2pcs
3)repair kit
4)bola

Setiap free gift bergantung kepada stok ye..

So,sesiapa nak, boleh bagitau ye. :)

posted from Bloggeroid

2 July 2014

WW : monopod sangat!

Assalamualaikum..

P/s: yang tengah tengok WW ni ada buat macam tu ke? Heheeee

posted from Bloggeroid

Cornflakes bermadu-pre raya aidilfitri katenye..

Assalamualaikum...

Semalam EL.. Sakan EL tetiap minggu okey.. Hari Kali ni sebab pengasuh Qaira tak sihat. So,tak boleh buat ape la.. Pengasuh tak sihat,aku cuti. Anak tak sihat,aku cuti. Aku tak sihat,aku la cuti.. Wah gitu..


Bersempena EL dok umah,aku buat cornflakes bermadu. Pestime buat kuih gini.. Suspen sungguh.. Mujur resepi aku follow ni menjadi..


Tapi aku buat dengan penuh dugaan ranjau berduri.. Haha.. Ayat bukan main!


Mana tak penuh dugaan? Qaira tu memang tak bagi chance.. Ada je.. Jap baling itu ini.. Ngamuk.. Nak tido.. Nak dok kat riba.. Adoiii..


Berkat kegigihan, dan dengan mini oven aku tu, berjaya jugak ngabiskan sekotak cornflakes.

Ada yang aku tabur choc rice.. Ada yang aku bubuh buah ceri. Buah ceri tu pulak, punya malas tahap gaban,aku letak besar-besar atas cornflakes sebab malas nak hiris halus-halus..

Ni yang 2 bekas aku buat dah siap buh kat meja.. Lagi sebekas sama size dengan tuppaware biru tu dok kat dapur gi.. Tak sempat nak berfotoshoot dengan yang lelain..


Tak tau le sempat sampai raya dok cornflakes ni.. Serik rasa nak buat lagi. Sebab, mana nak melayan anak dara lagi.. Adui.. Mujur la sempat jugak masak lauk berbuka untuk abah Qaira.. Pukul 7 lebih periuk pun tengah menggelegak. Haha.. Time tu la baru nak potong buah oren sunkist nak buat jus blend!


Anak tengah nak membesar,gini la rupe. Takut pulak nak bagi dia adik.. Kang tak terhandle.. Hihihiiii..
posted from Bloggeroid

1 July 2014

Murah tapi berkualiti di Ikea

Assalamualaikum..

Ini hanya perkongsian.. Bukan nak menunjuk.. While hatiku sentap.. Bila ada orang cakap aku menunjuk! Aiiiiii... Sentap jiwa raga mak ni nok! Takpela. Abaikan! Suke ati mereka la nak pikir ape.. Itu hak mereka,tak boleh halang...

Baru ni gi Ikea, just plan to buy barang murahan... Yang rm2,3 hengget tuh... Hehe..

Salah satunya bekas simpan makanan ni..

RM2.90 je. 1 set ada 3 pcs.. Aku beli 3 set. So ada 9 pcs.. Aku buat isi buah.. Lada.. Sayur yang dah potong.. Biskut Qaira untuk bawak bekal ke rumah mama pengasuh..

Memang murah sesangat. Siap boleh masuk microwave. Tapi umah aku tak pakai microwave..

So,sesiapa yang plan nak gi Ikea, boleh la cari bekas ni. Berbaloi-baloi..

Daaaa...

posted from Bloggeroid

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page