Daisypath Anniversary tickers

28 March 2014

1st time in my life,masak ikan keli..

Assalamualaikum...

Semalam memikir-mikir nak masak apa untuk dinner.. Asyik masak ayam je.boring pulak.. Ingat nak masak ikan.. Google-google resipi ikan...

Jumpa resepi mudah ni.. Ikan cencaru tumis asam.. Terus mesej abah Qaira suruh beli ikan cencaru.. Yang barang kecik-kecik macam serai,asam keping tu aku beli kat kedai dekat dengan opis je..

So,petang semalam lepas amik Qaira dari rumah pengasuh,rehat jap. Lepas tu tengok barang basah kat sinki.. Bukak-bukak plastik tengok ikan keli!oh maiiiiii...

Laki aku ni tau dah aku tak pernah masak ikan keli.. Saje nak menguji aku ni..

Terus aku tabur tabur tepung kat ikan keli tu.. Entah mana sumber aku dapat ni aku pun tak tau.haha..lepas tu aku cuci ikan keli dan rendam dalam asam,garam,tepung.. Haa..amekaww.. Nak hilangkan hanyir ikan katanya.. Ni aku petik sikit tips dari mak mertua,mak aku,search google dedulu...so,aku combine semua menjadi satu. Hekhekhek..

Lepas tu aku google resipi ikan keli masak lemak ni... Internet lembab pulak nak loading.... pakai henpon kan menggoogle.. so, tahap kesiputan internet amat dikesali.. Terus call mak nak komfemkan semula betul ke ingredient yang aku nak guna nak masak ni.. Lepas tu nak komfem cara memasak pulak.. Lega.. Mak cakap gitu gini...hahaha... Aku pun terus buat persiapan nak setelkan menu dinner..

Lepas tu,aku panggang dulu ikan keli tu dalam pemanggang ajaib.. Baru la digulaikan.. Hasilnya...


Okei jugak rasanya untuk percubaan pertama ikan keli.. Takde hanyir atau rasa kurang enak makan ikan sungai. Abah Qaira menambah nasik.. Seronok je tengok..

Ini menambah semangat untuk memasak.. Hehe.. Balik kerja penat pun gigih memasak..

Korang lunch apa hari ni??

5 comments:

  1. semangat dapur baru.. lepas ni bertimpa timpa la naik berat abah qaira..haha

    ReplyDelete
  2. knor suka juga msk lemak cili api..cara may msk ni..ha ah di panggang dulu..tapi kepedasannya kena pedas gilalah bru sodap...letak daun kunyit...meletop..gitu

    hari ni tak msk..mkn lauk semlm...jgn membazir plus malas..

    ReplyDelete
  3. tetiba ngidan ikan keli masak lemak...hhee... terliur

    ReplyDelete
  4. sedapnya..ada ulam pulak lagi la best..

    ReplyDelete
  5. wahhh. tahniah kak. akhirnya berjaya masa kawalaupun first time. hehheee :D

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page