Daisypath Anniversary tickers

22 January 2014

Garu kaki,potong jambu

Assalamualaikum.

Entry tak bergambar...lokasi sebenar dirahsiakan.

Turun KTM.. Naik tangga..
Ada makcik jual buah...

Aku singgah.. Beli mangga..
Makan sambil berdiri kat tepi gerai makcik tu..

Kunyah-kunyah sambil tunggu incik suami aku peratikan makcik tu.. Potong buah..

Lepas tu henpon dia bunyik..

Dia jawab call.. Sambil tu,tangan kanan dia garu-garu betis dia. Memula garu dari luar seluar je.. Lepas tu tangan tu selak seluar tinggi sikit.. Garu betis..

Owwww...

Aku tunggu dan lihat lagik...
Lepas jawab call, dia pun sambung masukkan buah dari baldi yang dia potong tadi. Tak basuh pun tangan. Terus celup je.

Terus..
Aku rasa mangga yang dah habis sebungkus tadi nak keluar balik.

Tekak meremang-remang je.

Kalau anda bagaimana?

posted from Bloggeroid

2 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page