Daisypath Anniversary tickers

21 November 2013

Kali pertama di Zuhairni Homeopathy, Kg Baru KL

Assalamualaikum...

Risau hati mama tengok demam Qaira yang kejap ok..kejap je temparature tinggi mencanak... Hari selasa pukul 1030pm bawak Qaira gi hospital pakar perubatan islam kg baru.

Doktor bagi antibiotik, obat bontot, obat demam, obat batuk... Malam tu badan Qaira okei.. Esok paginya panas pulak.. Tengahari tu aku bagi obat bontot... Demam Qaira pun reda. Petang tu bukan main aktif.. Bergolek sana sini..

Lepas tu malam tadi panas pulak.. Sampai tak tido.. Hurm.. Ingatkan dah sembuh.. Baru plan nak gi keje ari ni.. Baju Qaira pun dah pack.susu pun dah turunkan ke peti bawah.. Tengok suhu badan Qaira tinggi sangat, tak jadi keje.. Risau anything happen to her..

Tetiba abah Qaira kata nak bawak pi hospital gov... Dengar nafas dia bunyik.. Dada pun macam berkahak.. Suhu pun dah lebih 38°c..

Aku pun tanya abah Qaira.. Jom try kaedah perubatan homeopathy..? Lepas sesiap terus pi homeopathy kg baru..

Bila jumpa doc tu, (i dun know nak panggil ape.. Belasah panggil doc je) aku pun explen qaira start demam isnin..berkahak..batuk..seseme..cirit start semalam.. Malam tadi kurang tido..

Then aku tanya detail pasal kaedah homeopathy ni.. Dia pun explen.. Blablablabla...... Puas tanya macam-macam baru aku kuar dari bilik tu...

Lepas tu, amik ubat kat kaunter..

Tu dia.... 5 botol kawww. Terkojut kak ton! Tanye budak staff tu. Kene makan semua ke?? Then dia bagitau.. Dia dah label no 1-5 kat botol.. Memula minum yang botol no 1 sampai habis.. Baru pi botol no.2.. Dan seterusnya...

Oo.. Gitu.. :) then, 1 krim sapu kat dada..

Lepas tu bayar.. Rm55 only.. Tak tau la mahal ke tak.. Sebab tak survey untuk rate homeopathy tempat lain.. Rasa okei la.. Sebab tak cecah 3 angka.

Masuk je kereta terus aku sapu krim tu kat dada Qaira.. Sampai umah pulak terus bagi Qaira minum botol no.1.. Then dia tido lena.. Takde batuk kerap macam sebelum ni..

Nafas pun takde bunyi.. Ok kot rawatan homeopathy ni kan?? Suhu badan Qaira pun takde mencanak naik..

Sape yang biasa dengan rawatan homeopathy ni???

Psst! Maaf entry panjang. Nanti kalau ada good feedback, aku up entry lagi..hihi..

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. org kata homoepathy ni kekdang ok dr hosp, tapi mahal sket...

    ReplyDelete
  2. aku rasa kak rai biasa kot homepathy ni?

    yg nih pn aku bkenan, kalo boleh mmg apa2 nak refer kt homeopathy than hosp @ klinik biasa..tp kat area umah aku xde, jauh bebenor..

    yup, ratenye agak mahal bbanding klinik biasa..kalo ada panel klinik homeopathy kan best..

    ReplyDelete
  3. Salam terima kasih kerana sudi mencuba perubatan homeopathy zuhairni.
    Rawatan homeopathy ini selamat digunakan untuk ibu mengandung dan juga bayi yang baru lahir.
    Kalau ingin tahu lebih lanjut kunjungi blog kami http://homeopathyzuhairni.blogspot.com/2013/12/kenali-pphz.html kami juga ada senaraikan ahli panel klinik kami. terima kasih =)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page