30 August 2013

Friday : Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

✿ ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR ✿

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


➥ Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

➥ Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

➥ Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

➥ Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

➥ Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

➥ Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

➥ Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

➥ Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

27 August 2013

Sekarang ni kerjaya jual kereta pun dah tak selamat...

Assalamualaikum..
 
 
Serdang: Niat seorang lelaki bersama rakannya berjumpa dengan individu yang ingin membeli kereta Mercedes Benz E 200 miliknya di sebuah pasar raya di Puchong bertukar pengalaman mengerikan apabila mereka diculik sebelum dikurung tiga lelaki dalam sebuah rumah dan dibelasah dalam keadaan tangan serta kaki berikat.
Malah, penjenayah turut menggunakan alat renjatan elektrik kepada mangsa berusia 41 dan 44 tahun menyebabkan mereka pengsan sebelum dibawa ke sebuah rumah di sekitar Puchong sebelum dibelasah.

Tidak cukup dengan itu, mereka berdua turut dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank masing-masing selain kereta yang ingin dijual dan sebuah lagi kereta Audi A6 dinaiki bersama wang tunai dan barangan berharga membabitkan kerugian dianggarkan RM500,000.
 
 
Sebaik penjenayah itu berhasil mendapat apa yang dihajati, mereka kemudian mencampak mangsa di kawasan Sepang, Khamis lalu sebelum melarikan diri.

Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakan datang ke pasar raya itu pada jam 3 petang, Khamis lalu untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang kononnya berminat membeli keretanya.
 
Menurutnya, sebaik bertemu, lelaki itu pada mulanya berlakon seolah-olah berminat dan bersetuju membelinya. Namun, lelaki itu memaklumkan akan menyerahkan wang pendahuluan kepada mangsa dan perlu mengambil wang itu di Tasik Prima, Puchong kerana wang itu berada dengan rakannya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut lelaki itu dan tiba di lokasi dimaksudkan. Ketika itu, dua lelaki dipercayai rakan lelaki pertama sudah menunggu di dalam kereta.
 
“Ketika mereka mahu mengambil wang pendahuluan itu tiba-tiba kumpulan lelaki terbabit bertindak menggunakan alat renjatan elektrik ke leher kedua-dua mereka.

“Mereka menggelupur kesakitan sebelum tidak sedar diri. Kedua-dua mereka yang sedar tidak lama kemudian terkejut apabila berada dalam sebuah rumah dengan tangan dan kaki berikat,” katanya.

Sumber berkata, mangsa turut dibelasah dan dipaksa menyerahkan kata laluan kad bank selain telefon bimbit dan barangan berharga lain dirampas.

“Selepas puas membelasah mangsa, kumpulan lelaki itu membawa mereka keluar sebelum dicampakkan di tepi jalan di Sepang.

“Lelaki terbabit turut melarikan kedua-dua kereta milik mangsa dan rakannya,” katanya.

Gangguan bekalan air di 88 kawasan KL!


Kuala Lumpur: Sebanyak 88 kawasan di sekitar ibu negara dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan masalah teknikal yang berlaku di Rumah Pam Wangsa Maju sejak 4 petang kelmarin.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata, rumah pam itu mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama dan kerja pembaikan masih dijalankan.

“Tempoh pembaikan rumah pam itu masih belum dipastikan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kenyataannya, dianggarkan 91,963 akaun pengguna membabitkan 98,637 pintu rumah di Kuala Lumpur dan Gombak terbabit dengan gangguan bekalan air.

Antara kawasan yang terbabit di ibu negara ialah Flat DBKL Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementerian Pertahanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Wisma Tanah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UTM) sehingga ke Taman Putra Sulaiman.

Kawasan Gombak ialah Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Datuk Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman Tun Abdul Razak, Kampung Tasek Permai dan Ukay Height hingga ke Bukit Antarabangsa, Desa Setapak dan Wangsa Melawati.

Sebagai langkah tambahan, SYABAS menyediakan 42 lori tangki dan 525 tangki statik bagi membantu kawasan yang terbabit. - BERNAMA

26 August 2013

Mee Udang Banjjir Kuala Selangor


Assalamualaikum...



Hari tu cakap nak cite pasal Mee Udang Banjir Kuala Selangor yang superb tu kan??lama sangat ter'hold' ni..hari ni curik masa sikit untuk buat short entry...



Aku sempat singgah makan kat Mee Udang Banjir ni masa balik dari beraya di kampung hari tu..sebab lapar , gi singgah kat kedai ni.takde orang rekemen kedai ni pun..tapi sebab dah terliur nampak banyak sangat kedai mee udang banjir sepanjang jalan tu..so, nak try la sedap sangat ke..



So, we all singgah kedai ni..berhampiran dengan McD Kuala Selangor..kalau McD belah kiri anda, jalan depan sikit ada kedai ni..aku takde amik gambar dari luar kedai pun sebab dah malam kan...tapi ada papan tanda Mee Udang Banjir Hoo Lioooo..sekali cuba pasti mau lagi...besar lagi papan tu tau...



So, masuk kedai tu, abah Qaira kata tak nak makan sebab kenyang makan pecal petang tu..aku pun okei je la...aku tak kisah dah sebab yang penting aku dah kelaparan..haha...lepas tu akibat tergoda tengok mangkuk pelanggan lain kot...tetiba abah Qaira teroder jugak...hehe..order 3 mangkuk pinggan.1 mangkuk lagi untuk hubby Cik Puan Khaili...tapi lepas tu abah Qaira risau takut tak habis..sebab dia tengok mangkuk mee tu sangat besar...baru plan nak cancel order, tetiba makanan yang di order sampai..heheeeehhh...

Tu diaaaa.....penuh udang...hehe..nak tak nak makan je la...sambil memasing dok bajet harga semangkuk...sorang teka rm10/mangkuk..sorang lagi kata ni 3 orang makan dengan sekali dengan air mau rm50...



Mate aku melilau tengok sekeliling,oh, Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dah sampai sini..hurmm...mesti mahai ni pasal dah masuk tv...tapi pedulikan.makan je dulu..hehehe...

Qaira langsung tak bangun sepanjang aku makan tu...pegang je la....mungkin dah penat sangat beraya kan...sampai tak cukup tidor....



Siap je makan, malas nak tunggu lama-lama,terus abah Qaira bangun gi bayar..lama nyembang kang lambat sampai KL.memasing dah kepenatan..lagi si Qaira..dari hari pertama raya tido siang dia asyik kene kacau je..baru nak lena dah kene kejut g beraya..hehe..



time nak bayar, memasing ikut gi kaunter nak tengok berapa total..hahaha....



Abah Qaira bagi RM50..tengok ada balance 3 keping RM10..siap ada sen-sen lagi..




Sambil jalan kat keta, tanya berapa harga semangkuk???katanya entah..mungkin RM8-RM9 kot...hehe...




Okeila..murah...hehe..kat KL tak dapekkkkkk.....

24 August 2013

Dapat Free sleeping coat drypers dan baanyaakk lagi

Assalamualaikum...


Masa tengah pantang,aku ada text kepada drypers untuk dapatkan sleeping coat free..semalam baru sampai...

Siap dengan tips-tips penjagaan baby lagi...huhu...


Sebenarnya bulan mei ari tu dorang hantar dah freegift ni..tapi tak sampai kat aku...


So aku emel dorg bagitau tak dapat..tak sangke pulak dorang pos semula...


Then,ada la dorg suh hantar barkod pampers untuk redeen free drypantz,free pampers...

Kat umah tinggal 2 beg pampers jek..huhu..yang sebelum ni aku dah buang..hukhuk....


Kebetulan pi umah akak ipar,dapat 3 barkod pampers..haha...

Sape ada lagi?nak lagi 3!!!hihihi

posted from Bloggeroid

22 August 2013

Puree pisang untuk pestime

Assalamualaikum...


Qaira udah pun 6 bulan...dari raya ari tu dok fikir nak bagi makanan ape untuk si kecil...


Plan nak bagi buah-buah dulu..so,aku beli pisang...

Macam tak cantik je gambar pisang tu..takpelah..

Lepas tu,aku kupas pisang tu..hek hek hek...then ambil sebahagian sahaja untuk dilenyek..

Lenyek punye lenyek...jadi gini...

Amik breastmilk campur sikit...


Then,suap kat si manja...


Nampak okei penerimaan Qaira..tapi tak de la Qaira makan habis...untuk pestime pun tak boleh la push makan banyak-banyak kaaannn...


kengkawan lain,selamat melenyek pisang..wihuuu..hihihi...

posted from Bloggeroid

21 August 2013

Kerane mengidam kek

Assalamualaikum...


Tadi kan aku mengidam macam-macam sangat kan sempena hari pertame puasa sunat 6..hari pertame ramadhan takde teruk macam ari ni...


So,petang tadi aku ajak abah Qaira g secret recipe kat umah..



Aku amik 2 slice kek!haha...memula abah Qaira kata amik 1 je..aku cakap okei tapi jangan mintak!haha...


memandangkan dia pun suka,terus suruh amik 2 slice...total rm15.90 inc gov tax..


Heheee.....


Lepas tu aku buat ayam goreng tepung rangup + sayur tumis sawi cendawan...malas nak masak yang leceh. ..kol 745pm dah ready to eat..tapi tak makan terus..bagi Qaira mamam dulu...


Dah 6 bulan kaaannn..eh?6 bulan dah?besar dah anak mama...

Kerana baju yang tak gugurl ni,ada orang tegur Qaira di kedai makan masa kitorang gi Kuantan raya ke5.

"encemnye dia....."

kami???err..memandang antare satu same lain sambil tersengih macam kerang busuk..

posted from Bloggeroid

Penangan puasa 6

Assalamualaikum...


Hari ni hari pes berpuasa sunat 6 di bulan syawal...


Aku punye ngidam..memang macam tak penah pose!!!


mulenye nak kek choc!!!



Lepas tu teringin nak makan ayam!!



Hadoiii..dan sekarang nak biskut raye...


*balik ni wajib g secret recipe kat area umah!!!!!!!

posted from Bloggeroid

WW : Isu Starbucks Kini


20 August 2013

Syawal ?? Di Sekinchan pulak! Part 3

Assalamualaikum
PART 1
PART 2

Tak habis lagi cite rayenye.maklumlah...aku kan cikgu sekolah...cuti direct dekat 2 minggu..haa..amekaww...amik peluang ni beraya bersama family melawat sanak dan saudara....


Okei, sabtu baru ni abah Qaira ajak balik kampung belah dia kat Sekinchan nun...konon nak gerak awal pagi..tapi pukul 930am aku baru terkial-kial bancuh tepung nak buat jemput-jemput....so, secara rasminya pukul 1030am baru kuar umah....gerak sama dengan Cik Puan Khaili...lokasi menunggu depan Tesco Ampang.. =)tengah-tengah area antara umah kami..


Dalam pukul 1pm kot, udah sampai umah pakcik...plan nak gi raya terus..tapi abah Qaira kate rehat dulu lah...rehat punye rehat, semua tido sepetang kat beranda...best wooo..tido kat kampung..berangin je...bukan sepoi-sepoi anginnya..macam nak terbang pun ada [tipu]...
Last sekali, tengok gitu gayenye, mandi-mandi..tukar baju biasa..taudah..komfem tak raya petang or malam tu...

Malam tu depa dok main bunga api, mercun segala lah..aku dok dalam umah..sebab?Qaira nak berdukung je..tak larat lah nak dukung je..masuk dalam terus baring dengan Qaira depan TV.tidokan terus....mujur abah Qaira ada rakam detik-detik bunga api cantik meletop di atas nun..nak tengok???meh tengok sesame k..



Best kan..hehe..bese memang gitu la depa ni tiap kali raya...hehe...err...ekcelli baru 2x aku beraya kat sini..hehe..last year pun gini la..hehe...

Esok pagi tu, start beraya rumah sanak saudara.tiap umah kami snap gambar!hehehe..



Okei..done gi umah sedare mara belah mertua..ni semua adik beradik abah Qaira...mak dgn pak mertua tak ikut...so, kami je la wakil mereka melawat sanak sedare... =)


Lepas tu, aku dengan abah Qaira balik sat...mandi, solat..sebab kami tercicir dari rombongan beraya tu..hehe...dalam pukul 3.30pm kami pi open house pulak..umah open house ni dekat je dengan umah kami check in...so, aku sekeluarga merempit naik moto..ngahahahahaaa...



datang naik moto bertiga..nak balik umah berempat pulak..dengan anak Cik Puan Khaili yang suka naik dudut [moto] katenye...


Gembire betul naik moto kat kampung..haha..dengan dalam bakul tu penuh bekalan...kikikiki.....


Lepas magrib, dah nak gerak balik KL...amik gambar lagik!

Okei..tamat kisah riang ria raya untuk tarikh setakat 18hb Ogos 2013...hahaha...ada lagi kisah raya..nanti lah cite k...


On the way balik, sempat singgah kat Mee Udang Banjir Kuala Selangor yang terbaikkkkk......!!


Kisah mee udang untuk entry lain k! now, nak main candy crush! sudah terpengaruh...lalala...

17 August 2013

2 Syawal di Segamat : part 2 pulak

Assalamualaikum...


Cite pasal aku punye raya lagik untuk part 2 pulak..untuk part 1 sili tengok kat halaman sebelum ni di [sini]


Ni cite hari raya kedua..beraya di Segamat pulak..tema laki bini kaler owen...hehe..anak tak bertema dah..sebab baju dia majority purple....huhu...


Anak akak aku yang bongsu nak naik dengan aku sekali sebab ada Qaira...penyanyang budak ni...sanggup datang KL pakai baju tido sebab nak tengok Qaira..hehe..



Sampai kat Segamat sudah petang..tengok bapak aku pun pakai baju owen..eh eh eh.....sedondong lagik...


Besar dah anak akak aku yang sulong ni(dok tengah antara aku dengan sis)..dah boleh geng dengan makcik...(feeling muda belia)


Belah petang sebelum balik umah, singgah kedai makan..kelaparan memasing...huhuhu..


Raya sebijik umah je..tapi kepenatan bukan main...sebab jalan jauh..hehe.....


Malam tuh pulak, aku gi umah makcik belah husband..dekat dengan umah mak aku...malam tu aku beraya pakai jeans & nursing wear je..sebab?peruntukan baju raya untuk berjalan esoknye pulak..nanti takde baju..hahahaha....



Selamat hari raya lagik!

16 August 2013

Mood Dah Sampai : Cerita raya kami Sekeluarga

Mood nak membebel sambil meroyan sesorang dah sampai ni...Qaira tengah tak nak tido...dok main sesorang...takpe..independent jap ye..mama nak update cite kat blog mama sekejap...heheheheee..
Hari ni dah 9 syawal..baru nak up cite pagi 1 syawal..ko hadeee??theheeeheee....
29 Ramadhan
Macam bese,  balik umah mak aku dulu..sempat berbuka puasa bersama petang tu..
30 Ramadhan
tolong-tolong pape yang patut..prepare benda-benda nak masak untuk raya..buat rendang..beli daging dan ape-ape berkenaan lah....lepas zohor gerak gi umah mak mertua pulak...dalam pukul 4pm sampai...sempat jugak berbuka puasa bersama di penghujung ramadhan...lepas tu kakak ipar aku pun sampai..
1 Syawal
Pagi tu bangun awal tolong mak mertuaku masak prepare untuk menu pagi raya...sebelum si Qaira bangun!huhu....bila si kenit tu dah bangun, kene lah siapkan si kenit pulak...=) baru la si mama bersiap pulak...tunggu abah balik semayang raya!abah balik umah je Qaira tido...tapi sebab nak bergambar punye pasal, terus kene kejut bangun..cian dia..mujur jenis tak ngamok bangun dari tidor...

 Qaira dapat duit raya dari Abah..hehe..baju sedondon...;) eh terselit gambar Cik Puan Khaili kat belakang..tengah tengok angpow raya..hahaha.tak menyabo ibu Cuna ni..kihkihkih...
Aik.nape mulut awak tu Qaira...haha...rosak gambar cun mama dengan abah tau....oh ye..si mama sedang menggayakan shawl halfmoon dari Al-Humaira Contemporary..eceh..ala..yang soping hari tuh!
Snap semula..tengok kamera please... =) boleh la tu tak nak pandang pun..sob sob sob.. T__T

Lepas tu amik gambor beramai-ramai....tapi tak banyak lak pic nye.....

Lepas tu, baru la berjalan-jalan sambil collect duit raya..yeay...raya tahun ni eksaited berlebihan!hikhikhik....

Lepas Asar, balik pulak umah mak aku...tunggu cite raya 2 syawal pulak!hekhekhek.....

Selamat Hari Raya!

15 August 2013

berhari raya bersama tudung terbaik dari ladang


entry hari ni entry terkojot den..hihi..hari ni dah 8 syawal...so, kne up entry ni dulu..;)

nak bagitau, aku ada beli shawl halfmoon adreena dari koleksi Tudung Terbaik Dari Ladang (TDL)..aii beli kaler biru uolls...sebab nak matching dengan baju..



Shawl ni  best sangat..selesa, senang & cepat dipakai..walaupun ada baby 6month, sikit pun tak de masalah dengan shawl halfmoon TDL ni..yelaa..ada orang cakap, bila ada baby ni leceh nak lilit-lilit shawl ni...nanti baby tarik..tapi, dengam shawl TDL yang simpel ni,lilit pun takde masalah punye!

jom dapatkan shawl ni..RM69 je including postage..berbaloi-baloi....nyummyy!


11 August 2013

Salam aidilfitri

Assalamualaikum..


Selamat hari eaya aidilfitri semua kengkawan!

gambar raye x ada lagik..

Semua dlm kamera..ni je yang ada untuk teaser..

Teaser sangat!hihi

posted from Bloggeroid

Test

Testing

posted from Bloggeroid

3 August 2013

Qaira dengan kereta baru

Sekarang ni, Qaira dah tak mo baring aje..dah puas kot..terbaring,meniarap, berguling...asyik ulang benda yang sama je kan??
Bila takde orang layan merengek je..tu kot yang sampai serak-serak suara sekarang....agaknya kat umah pengasuh ibu dia tak boleh nak pegang dia je..tu yang melalak-lalak sampai 'rock' suara Qaira..hurm..Qaira...Qaira...
Kat umah pun, aku tak larat la nak pegang je..masih ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan di rumah..kalau tinggal atas tilam, mesti meleh-leleh air mata tu..mesti tak sampai ati punyo dengar menangis-nangis...
So, solutionnye beli 'kereta' baru untuk si Qaira..walker laa....hehe....beli kat Jusco....
Kriteria-kriteria pemilihan walker ini adalah...
Warna ; tak nak yang cepat nampk kotor...kata abah Qaira...warna ni ok sikit...
Seat : yang ni soft sikit..compare to walker lagi satu tuh...tak comfort sangat..
Boleh laras : walker ni boleh laras ikut ketinggian baby..so, takde la kaki baby tergantong je kan....
Lock & Open : err...yang ni tak tau nak klasifikasikan sebagai ape...tapi, kalau tak nak Qaira merayap sampai ke dapo, boleh lock & pusingkan roda tu ke atas..so, dia tak boleh bergerak..statik je kat situ..jadi macam jongkang jongkit...or nak bagi makan tu kan, pusing je roda tu naik, komfem tak payah main kejar-kejar masa nak suap tu...tapi, buat masa ni Qaira masih belum makan lagi...
So far, Qaira suka sangat dengan 'kereta' barunya ni..Qaira dah pandai tolak kaki untuk gerakkan 'kereta' ni..
Tapi, letak Qaira dalam ni pun tak terlalu lama..letak kejap-kejap je.. =)

"CERAH BERSERI RAYA GIVEAWAY with FAIR & LOVELY"


Hari ni Mama Qaira nak joint Giveaway dari Cik Nurul kite. ;) lama sudah tak join giveaway..dan lama betul tak jenguk blog Cik Nurul ni...hopefully ada tuah menyebelahi Mama Qaira ni kan..amiiinnn...

My sweet memory of koz la menghabiskan masa dengan my doter..Qaira Qaisara..tapi the latest moment kami yang sweeeettttt je rasa masa Iftar baru-baru ni bersama my opismet....

Qaira pun join the club!hehehe...masa ni kami semua berbuka puasa di Rahman Palace Steamboat & BBQ berhampiran highway sebelum exit Kuantan tuh..ramai bebudak opis yang eksaited nak berjumpa dengan my doter..hehe...habis kene gomol la budak tenit ni...=D


Gambar-gambar ni pun diambil masa dah nak balik...=) thats why malap je latar belakang gambar ni..heheee....


Kenapa aku berminat join giveaway ni??


Mestilah sebab hadiahnye..hikhikhik...ish..di samping sebab adiah yang menarik, op koz la Mama Qaira nak kulit yang cerah dan berseri di aidlfitri nanti...nak kelihatan neutral beauty without makeup gitu...lagipun jenama Fair & Lovely ni sudah lama dikenali kat Malaysia ni..so, sedikit sebanyak, jenama ni dah pun ada tempat di hati ramai gadis kat Malaysia ni!heee. =)


Barangan dari Fair & Lovely ni pun mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kulit wajah..antaranya adalah vitamin B3, Vitamin C dan Vitamin E.jadi, dengan kandungan vitamin-vitamin tu, pasti boleh menyelesaikan masalah kulit suram dan bintik-bintik di wajahku ni...yeay!!


Yeah...jom doakan Mama Qaira bertuah dalam giveaway ni! aminnnnn... =)



2 August 2013

rasa sakit melahirkan anak seperti...



Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah dinyatakan dalam al-quran.

Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?

Soalan ini telah dijawap di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "

Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"

Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?

Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?

Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?

Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?

Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.

sumber: FB

********************************************************************************

Saat ini terasa touching...bila diri sendiri bergelar ibu...merasa sakitnya melahirkan anak...dan bila si Qaira selamat keluar dari perutku...perasaan....lega..touching..terharu....macam-macam lah!...




kini sudahpun 5 bulan usia si kecil..

mama love u so much sayang....

p/s : harusla enterfghame muke anak sendiri! huhuhu
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page