Daisypath Anniversary tickers

30 March 2012

:: GUEST BOOK DONE!!! ::


Print screen dulu gambar Guest Book yang dah siap untuk tayang kat korang..simpel je kan??but i like yang simple-simple je..tempah dengan ex-schoolmate aku..kak Ashikim..

Pengenalan dulu dengan orang yang bertanggungjawab menyiapkan Guest Book aku ni..Kak Shikim ni senior aku masa sekolah kat Pekan, Pahang dulu...adik die sekelas dengan aku..hehe..adik die hencem okei..hehehehe..sape yang available, boleh la 'mengayat' akak nye dulu...

Dulu, aku plan aku  nak buat sendiri Guest Book ni..konon nak berjimat cermat...tapi, aku rasa tangan aku ni keras dan beku untuk membuat benda seni dan cute-cute ni..elok-elok nak berjimat-cermat, terus membazir je..

Lepas tu, secara tiba-tiba hari Isnin yang lalu terdetik rasa nak tengok gambar beg comel handmade kat FB kak Shikim ni..terus tengok dan berkata...'oo..kak kim yang buat benda-benda cute ni..' Terus aku inbox kat FB die..

Borak-borak dengan kak Shikim, die kata harga RM75 not include postage ye..aku pun terus tanye Incek Tunang..die cakap okei je..sebab aku nak, aku bayar la kan..hoho..Terus aku setuju tempah Guest Book dengan kak Shikim..pas tu mintak diskaun sikit.kot-kot ada chance untuk tawar-menawar..hehe..aku request cover depan untuk buat tarikh kenduri belah aku dan kenduri belah incek tunang..

Senang je berurusan dengan kak Shikim ni..walaupun dia sekarang ada kat Putatan, Sabah..tapi dengan selamber je die buat dulu Guest Book tu untuk aku tanpa bayaran cengkeram..kalau tiba-tiba aku nak cancel macamane?hehehe....

p/s: nak jugak ke?kalau nak, boleh LIKE fan page die.. ASHIKIM CRAFT ...

::TAZKIRAH: RUGINYE RUGI DAN RUGI ::

Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
Ruginya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin ketika kanak-kanak pun solat.

29 March 2012

:: VOUCHER KFC FREE UNTUK PEMBACA ENTRY INI !!! ::

Dengan penuh rasa baik hati, aku nak share dengan korang voucher KFC yang aku dapat...kalau ada rasa nak makan KFC dengan penuh penjimatan, silalah print kupon di atas..kalau nak makan untuk lebih dari 2 orang, boleh print voucher tu banyak-banyak...

Selamat menjamu selera di KFC.. =)

:: SPONTAN KAMES! ::

 
 
 
 

K u s u t ! ! ! N o t  i n  m o o d ! ! !




28 March 2012

:: SURVEY PETI AIS & MESIN BASUH ::

Last weekend, aku dan incek tunang berpusing-pusing kat KL mencarik peti ais dan mesin basuh..macam la jauh sangaat pusingnye kan...kat Ampang je pun..haha...

Dari zaman bujang, sampai la nak kawen, dok survey peti ais dengan mesin basuh je..ngehehe..tapi tak beli jugak..mungkin tunggu hadiah tu sampai dari korang-korang kot..ngeheheheee..


Untuk pengetahuan korang yang nak beli hadiah untuk wedding aku nanti, korang tak payah la beli periuk nasik, dapur gas dan pemanas air..yang itu sudah pun kami beli di Shah Alam hari sabtu ari tu..hehe..

Ada sale kat Glenmarie..so, beli la kat sana.tak la murah sangat..tapi murah la sikit dari biasa kan..

:: LEWAT HAMPIR 2 JAM, KEPALA MELEKAT KAT MEJA ::

Hari sabtu malam minggu baru-baru ni aku bawak my sister dan family makan kat kedai air buah gelas besar..lokasinye?refer dalam entry INI..
 
Aku pun tak tau nak bawak die g kedai mana..so, bawak je la gi kedai ni..sebab aku rasa adalah yang special pasal tomyam tu..
 
Gambar agak gelap sebab kamera henpon aku ni memang tak de flash... T___T

Boleh tengok muke-muke dorang sume kepenatan..penat main air..lepas tu penat tunggu makanan yang lambat sampai..aku pun tak tau la kenapa time aku nak 'up' kedai tu, time tu  pulak la die punyer servis macam siput sedut..akak aku dah membebel-bebel sebab tunggu lama sangat..aku dah rasa bersalah...

Sampai je makanan, semua senyap mengadap menu-menu yang di order...ikan siakap stim, ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, sayur kailan, telur dadar...

Lepas tu akak aku mintak pinggan kosong.abang ipar pulak mintak air kosong..tunggu punye tunggu, tak sampai-sampai..last sekali, akak aku makan nasik dalam pinggan telur dadar tu jek..sebab die nak share nasik dengan anak die je..

kate kakak aku, kalau servis macam ni kat Kuantan die dah tepuk meja dah...tapi kat KL  die tak berani pulak la kan..haha...untuk melepas perasaan geram die susun la kaki ketam-ketam tu kat meja...sebagai penutup, kepala ikan siakap die tepek kat meje tu..

Tak senonoh kan perangai mak orang yang sorang ni..haha..aku tolong gelak je...

p/s:tapi jangan tak tau, sume lauk atas meja tu licin..sedap la kan...

::WW ::


27 March 2012

2nd Giveaway Blog Bunga Bunga Cinta


 

Kalau nak hadiah..sila la mencuba nasib dengan GA ini.. ;) klik banner untuk join..

:: RESEPSI DANNY X-FACTOR & ALONG KAT ZEBRA SQUARE PART 2 ::


Part 2 dah??kalau yang belum tengok entry sebelum ni klik kat Part 1 ye..
Okei..nak story mori pasal resepsi member aku yang sorang ni malam tadi..glemer kau...aku yang tak glemer ni macam malu-malu je masa datang event ni..tak biasa lah...selalunye kalau aku terserempak dengan artis aku buat derk je..takde la nak panggil-panggil mereka ajak bergambar..segan!!hehe..
Malam tadi, (25hb Mac 2012) sampai-sampai je kat Zebra Square terus dayang-dayang tunjuk meja aku..ops..dayang tu, sorang je aku kenal..member masa kat Poli dulu..
  
Ops..back to topic, hm..tetamu VVIP jemputan dorang ni Sultan Kelantan..lepas tu dok tengok artis kuar masuk kan..tengok je la..
Ni full picture dari pentas pelamin...cantik kan..ada B2B nak copy idea pelamin ni tak?hehehe...
Gambar kat atas ni pulak masa mereka makan beradab..hm..gambar agak kabur sebab aku tak setting betul-betul kamera aku tuh..tapi aku sempat la lambai kat Along..die pun panggil Danny suruh pandang kamera aku yang tak canggih tu..eihihihi....tapi, kamera member aku yang lagi sorang tu agak terang sikit hasilnya...

Sempat snap gambar Danny merosakkan lagu Anuar Zain menjadi sleng Kelate..hehe...


Lepas tu sempat pulak snap gambar Datin Noniswara dengan anak Aznah Hamid..sape namenye ye?Sheera kan?...kenape la budak yang served table tu berdiri di tengah-tengah tu..aduyaiiii...rosak gambar aku.. ^^

Selepas itu, kamera habis bateri..sekian..~

26 March 2012

::KEKASIH AWAL DAN AKHIR ::

Keyword yang menjadi hit tertinggi untuk hari ini adalah KEKASIH AWAL DAN AKHIR?????aku pun pelik campur terkejut..ada ke entry aku berkenaan kekasih awal dan akhir ni?haiyooo....

Apakah?Kenapakah?aku pun tak tau..lala..~

Blog aku ni blog jiwang karat ke??hehehe..

:: YONG TAU FOO NI SEDAP ::


Balik kerja selalu lapar..untuk elakkan aku jadi dinosour kelaparan, aku mesti ajak incek tunang makan kat Pulau depan opis aku..erk..pulau kah?budak opis aku menggelar tempat tu pulau...sebab sekeliling kedai tu adalah jalan utama nak ke Bulatan Pahang, ke Ampang, Padang Tembak...secara senangnye nak cakap, depan Wisma Perkeso dan Menara Celcom kat Jalan Tun Razak..
 Banyak tak?banyak tak?hehe..untuk 2 orang makan yang tengah kelaparan..em..harga banyak ni tak sampai RM7 pun..yong tau foo kat sini boleh tahan sedap la..
Cicah pulak dengan kuah sos tuh..layan...korang?try lah!!

:: RESEPSI DANNY X-FACTOR & ALONG KAT ZEBRA SQUARE MALAM TADI PART 1 ::



Ini adalah kejadian malam tadi..resepsi untuk kali keberapa tah..baru aku dapat menghadirkan diri..sebab along buat kat Zebra Square Kg.Pandan..dekat dengan umah aku..miahahaha..

Ni gambar original dari kamere aii okei...suasana masa nak amik gambar ni?perghh..memang berebut-rebut la dengan reporter..ramai giler...mujur dapat snap sikit..maklumla..kamera tak canggih...

Ramai retis datang wooo..Mustafa Kamal ada..Azza Elite ada..Amiza Adnan ada..Fara Fauzana ada...Datin Noniswara ada..ramai lagi la..tak larat nak taip nama artis yang datang..tapi tak ada la amik gambar dengan dorang pun..hihi..

sempat amik gambar dengan Fara Fauzana je..tapi pakai henpon member..sebab kamera aku habis bateri..tak charge dekat 3 minggu.demmmm!.padan muka aku!

update!! ada yang tertanye-tanye kenapa aku ada kat wedding ini kan..jawapannya sebab wife Danny tu aku member rapat since kitorang sekolah teknik dulu..still keep in touch wif her..dan aku selalu order barang dari oversea dengan die till now..hehe...sekian.. ~

:: MONDAY BLUES ::

Hari ni sangat mengantuk..kurang mood nak update blog..tapi ada yang nak dicitekan pasal malam tadi..banyak yang tak best dari best..

..semuanya lemau.. T___T

24 March 2012

:: Tandas Ku Syurgaku..eh..Bukan Rumah Ku Syurgaku ke?? ::

Bila tandas jadi kediaman mereka...sungguh kasihan...

Untuk cite dan gambar yang lagi detail klik di SINI..

p/s:malas nak copy cite orang..so,bg link direct je la ye??

23 March 2012

'Segmen Jom Tambah Follower by NI'

Terpanggil nak join segmen lepas tengok entry HH tadi..hehe...jom la join..tapi syaratnye nak kene tag kan..ramai pulak tu kene tag sampai 5 orang..

Kerana syarat itu kuturutkan jua..walaupun agak malas nak tag..hehe...meh nak tag kat :
  1. Cik Nurul
  2. Munna
  3. Mama Maszul
  4. Ayesha
  5. The Queen, King aka Kak Fiza
Sekian..kepala pening..jadi takde mood buat kerja di petang jumaat ni..

;; YANG DITUNGGU DAH SAMPAI ::

Sambungan entry hari itu..
 

::Tazkirah : Hak Badan Dan Tips Tidur Dari Rasulullah SAW ::


Sebagai umat Islam dan manusia normal, kita perlu memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badan kita untuk berehat setelah seharian bekerja serta melakukan pelbagai aktiviti yang meletihkan.

Tidur dan merehatkan badan merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagaimana yang diceritakan di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim;

“Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,”.

Begitulah Islam menggambarkan betapa pentingnya tidur dan hak menjaga tubuh badan bagi seseorang muslim.

Selain itu, Rasulullah SAW turut memberikan tips dan adab tidur kepada umatnya, membayangkan bahawa Islam sebagai agama yang syumul serta kaya dengan ketertiban akhlak.

Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW telah bersabda yang mafhumnya;
“Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:
“Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh,” – Riwayat Imam Muslim.

Dari hadis berkenaan, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengibaskan kain (cadar) atau tikar (pelapik tempat tidur) sebanyak tiga kali sebelum merebahkan badan bagi menghindar sebarang kekotoran atau benda yang memudaratkan seperti paku, jarum dan sebagainya dari terkena tubuh ketika tidur.

Umat Islam juga disunatkan untuk membaca doa sebelum tidur memandangkan kita tidak sedar tentang apa yang berlaku terhadap diri dan tubuh badan kita ketika tidur serta hendaklah berserah tawakkal kepada Allah SWT sepanjang lena kita.

Begitulah Islam, sebuah agama suci yang lengkap peradabannya dan sempurna muamalah hidupnya agar menjadi amalan seharian kepada ummah sehingga ke hari kiamat, wallahua’alam.

p/s:hanya perkongsian bersama.. =)

22 March 2012

:: JOM SCAN VIRUS DI BLOG ANDA!! ::

Tadi bace entry di blog HH pasal keselamatan blog..hm..mane la tau ada virus kan..rosak pulak PC korang..aku pun try la buat macam yang HH ajar tuh..kalau korang nak try jugak, sila klik link onlinelinkscan ni..

Hasil yang diperolehi dari blog aku adalah....
Bersih suci dan selamat!!hehe..korang dah scan belum???

:: BUFFER EARNING MASYUK LAGIIII ::

Pheww.....semalam 1 B.E dah jadi M.E..hari ni masuk lagi 1 B.E pulak...saja je tau incek Nuffnang ni...tak bagi tiket wayang tapi bagi B.E banyak-banyak..hehe...
Masuk pulak Great Eastern Life Assurance tu ha..korang, meh la bertenggek lama-lama kat blog aku klik iklan Great Eastern tu..hehe..

Time kasih Nuffnang..aku nak sambung buat keje pulak..

21 March 2012

:: INFO KAD JEMPUTAN KAWIN DAN PAPER BEG KAWIN ::


Wah wah wah!!!! nampaknye ramai yang bertanya-tanya pasal paper beg dan kad jemputan aku yang sedondon tu..macam la ramai sangat...ada la dalam 3,4 orang yang bertanya..hehe..meh nak bagi info sikit pasal kad kawen dan paper beg tuh..
Paper beg sebelum di lipat.kaler untuk sebelah perempuan.

bile dah lipat baru jadi paper beg

kad jemputan double sided untuk 2 jemputan..gambar kartun macam nak kawen lari kan..
Wokei..kad jemputan dan paper beg ni semua incek tunang uruskan bersama abang iparnya..sebab abang ipar incek tunang memang buat kerja-kerja kawin begini..
Untuk pengetahuan, sekarang dorang buat promosi untuk kad kawen..harga RM0.38/pcs..kertas pulak dari kertas yang tebal tu..macam aku punye.bukan kertas nipis yg murahan tu ye..so,sape nak jimat kos boleh la order terus kat dorang..Tapi untuk harge yang semurah tu, korang kena la lipat sendiri..macam aku..hehe...

Untuk paper beg, kami buat design yang sama dengan kad kawen ari tu..harga aku tak sure berapa sen sekeping..tapi korang boleh tengok terus kat website dorang.Nanti aku salah bagi info, masak pulak la aku nak kene bambu..hehe...

Paper beg pun aku lipat sendiri..sebab incek tunang cakap kalau nak dorang lipatkan boleh..tapi ade charge tambahan yang dikenakan untuk setiap keping..harga upah lipat tu pun ada dimaklumkan kat dorang punye website.So, korang boleh decide la nak lipat sendiri atau nak upah dorang je..Aku memang lipat sendiri je la..Menjimatkan..Di samping nak mendera anak-anak buah aku, nak jugak dorang rasa suasana menjelang kenduri kan...hehe..penat ke tak penat kan...

Dalam website tu pun ada info pasal detail-detail pakej photographer..dalam KL pun boleh, kat luar KL pun dorang boleh g..Dalina World tu sentiasa ada di Pahang..job keluar dari Pahang pun die ada buat jugak..

For more detail klik di DALINA WORLD / RAJA SEHARI2U / USOPHOTO

Lepas ni, sebarang pertanyaan, aku letak link entry ni je la kan..sebab tak larat aku nak explain banyak kali...kalau ada komisen okei jugak..wiihuu...hahaha...aku dan incek tunang dah dapat diskaun lagi mau demand banyak-banyak aku ni ye...hahaha..

::WW : DUB DAB DUB DAB ::

 
 

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

CM nak mencube nasib..hehe...ade kekosongan lagi tak?hehe...
Klik banner untuk join sekali..
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page