23 May 2012

Resipi Ikan Masak Sweet Sour

Seperti yang dijanjikan dalam entry malam tadi, hari ni aku nak post entry pasal bahan-bahan untuk Ikan Masak Sweet Sour yang simpel dimpel ni.hehe...

Bahan-bahan  untuk 2-3 orang:
  • 2 keping ikan merah(aper2 pon bole) - aku gune ikan selar sebab ikan tu je ada dalam peti
  • serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar(dimayang)
  • 2 ulas bawang putih(dimayang)
  • 1 biji cili merah(mayang)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu minyak
  • 1/2 cawan air
  • mixed vegetables (bole jugak gune) - aku gune ni sebab kebetulan ada dalam peti

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar. masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.
sumber : My Resipi

Senang je kan?selamat mencube!!heheheheeeee...

9 comments:

  1. cun dah ne, nak buat dinner ne la ! hehe

    ReplyDelete
  2. wah,makin bijak memasak ye..

    thumb up':)

    ReplyDelete
  3. boleh masuk masterchef dh ni :P

    ReplyDelete
  4. nanti kalau zera cuba, cik may kena try rasa taw taw taw! :)

    ReplyDelete
  5. guna ikan siakap lagi cedap nih... heheheh

    ReplyDelete
  6. wahhhh nak kena salin nii.
    nak masak nnti senanggg
    <3

    ReplyDelete
  7. pandai masak...sdap nmpk gmbr kt entry tu...mengugat jiwa yg lama xmkn ikan..huhu

    ReplyDelete
  8. cik may dah bagi resepi ni jom la kita pakat2 cuba..

    kedai mee kari tu kak fieda tak pernah pulak cuba..sedap ye..

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap... nanti masak untuk nurul k.. ;)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page